Misi serampang dua mata Malaysian Tigress

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara mempunyai misi serampang dua mata menjelang perlawanan terakhir di kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ATC) di Bihar, India, esok.

Jurulatih Malaysian Tigress, Nasihin Nubli Ibrahim berkata, selain mahu mengulangi pencapaian tempat ketiga pada edisi 2013, membalas dendam kekalahan ke atas Jepun pada perlawanan peringkat liga menjadi keutamaannya.

“Untuk perlawanan menentang Jepun, saya harap pemain dapat pulih dengan cepat dan sasaran kita adalah cuba mendapatkan permainan sebaik menentang China atau lebih baik.

“Kita akan bekerja keras untuk mencapai sasaran ini dan saya yakin dengan kemampuan barisan pemain yang kita miliki ini,” kata Nasihin selepas pasukannya tewas 1-3 di tangan China pada aksi separuh akhir, hari ini dengan Jepun pula kecundang 0-2 di tangan India.

Pada edisi 2013 di Kakamigahara, Jepun, skuad hoki wanita negara meraih tempat ketiga selepas menewaskan China 3-1 yang menjadi pencapaian terbaik negara di kejohanan berkenaan.

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *