Rahim Sepahtu Perjelas Soal Bayaran Program Realiti – ‘Persetujuan Secara Individu..Yang Pastinya Tidak Sama’
1 min read

Rahim Sepahtu Perjelas Soal Bayaran Program Realiti – ‘Persetujuan Secara Individu..Yang Pastinya Tidak Sama’

Pelawak dan penyampai radio Rahim Sepahtu, menjelaskan mengenai perbezaan bayaran setiap anggota kumpulannya dan pembahagian hadiah kemenangan yang diterima semasa menyertai sebuah program realiti.

Penjelasan Rahim

Menerusi perkongsian di audio siar Sembang Seram, Rahim atau nama lengkapnya Rahim Mat Ali, 56, mendedahkan bahawa bayaran adalah berlainan untuk setiap ahli kumpulan.

Menurut Rahim, mereka bahkan tidak mengetahui sama sekali kadar bayaran masing-masing.

Untuk mingguan persetujuannya (bayaran) secara individu. Jadi pihak Astro akan jumpa setiap seorang.

Yang pastinya tidak sama (bayaran). Shuib tak tahu berapa harga saya, saya tak tahu harga Jep dan Jep pun tak tahu berapa harga Shuib.

Tambah Rahim, bayaran yang diterima adalah berdasarkan persetujuaan daripada tawaran yang diberikan oleh pihak produksi program.

Sebab mereka deal secara individu, pihak Astro sendiri akan deal.

Sama ada setuju atau tidak. Kalau tak setuju, tak terima.

Pasti lain (bayaran), sebab yang letak harga bukan kita. Kita hanya bersetuju atau tidak dengan harga yang mereka tawarkan.

Walau bagaimanapun, Rahim berkata, mereka sepakat membahagikan sama rata hadiah yang diterima semasa meraih kemenangan dalam pertandingan komedi popular, Maharaja Lawak Mega.

Untuk Maharaja Lawak hadiah kita bahagi sama rata, satu sen pun tak ada lebih, tak ada kurang.

Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib dan Mamat yang didakwa membangkitkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka dan meminta dua pelawak itu untuk berhenti menggunakan sentimen persahabatan sebagai konten.

Shuib kemudian tampil memohon maaf di atas kesalahannya kerana didakwa menyindir Jep di dalam sebuah episod Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.

Kredit : Oh bulan