Netizen Kagum Syed Saddiq & Bella Astillah Masih Bekerja Walaupun Keluarga Sudah Berangkat Ke Sabah
Sikap rajin bekerja dan komitmen tinggi terhadap kerjaya masing-masing membuatkan pasangan popular iaitu pelakon, Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq telah meraih perhatian warganet.
Rajin bekerja

Menerusi perkongsian di Threads, difahamkan pasangan ini tidak menyertai keluarga mereka berangkat Sabah kerana masih mempunyai tuntutan kerja.
Berdasarkan video yang dikongsi, Syed Saddiq terlibat dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), manakala Bella pula mempunyai komitmen menghadiri sebuah acara.
Patutla BASS tak join lagi family mereka ke Sabah pagi tadi. Masing-masing sibuk lagi.
Syed Saddiq terlibat dengan tandatangan memorandum persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan Ahli Parlimen.
Bella di event Lumi, milik anak Tan Sri Vincent Tan.
Tambahan pula, anak-anak mereka iaitu Ayden dan Ara juga masih perlu mengikuti sesi persekolahan.
Ara Ayden ke sekolah lagi harini.
Alhamdulillah family YB dan Bella bersama team mereka dah selamat mendarat di Kota Kinabalu.
Untuk info, Saddiq dan Bella selamat disatukan sebagai suami isteri menerusi majlis akad nikah yang berlangsung di Menara Merdeka 118 pada 10 Oktober lalu.
Kredit : Oh bulan