Erysha Emyra Diserang ‘Panic Attack’ Selepas Lihat Momen Sofea Shra Dinikahkan Bapa – ‘Saya Tak Dapat Rasa Begitu’
Pelakon, Erysha Emyra mengakui masih sukar mengawal perasaan sedih biarpun sudah hampir lima bulan pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Zakaria Abdul Rahman.
Sukar kawal perasaan

Erysha, 26, berkata, dia berdepan satu insiden apabila mengalami serangan panik ketika menghadiri majlis pernikahan rakan baiknya yang juga pencipta kandungan, Sofea Shra, baru-baru ini.
Alhamdulillah sekarang dah okay cuma ada masa macam masih terasa sakit, ada masa emosi saya okay untuk bercakap perkara itu. Tapi, kadang-kadang dia memang comes and goes juga.
Macam hari tu saya ada pergi majlis kahwin kawan baik saya, memang ingat nak pergi untuk berseronok. Tapi itu kali pertama majlis nikah yang saya pergi selepas pemergian arwah bapa.
Secara tiba-tiba saya kena panic attack, rasa macam tak boleh bernafas. Kemudian saya keluar dari dewan sekejap untuk tenangkan diri semula.
Erysha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama terbaharunya, Bayangan Dendam yang berlangsung di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Erysha berkata perasaan panik itu muncul selepas melihat momen Sofea dinikahkan oleh bapanya sendiri.
Keadaan berlaku sebab saya tengok kawan baik saya dapat dinikahkan ayahnya, itu sesuatu yang saya tak dapat nak lalui atau merasai pengalaman sebegitu.
Lepas saya keluar dewan, saya ambil masa untuk tenangkan diri. Saya beritahu pada diri sendiri banyak kali yang ini adalah hari bahagia kawan saya.
Ada beberapa kawan saya juga bantu, tenangkan saya dan bila saya rasa dah okay, saya masuk dewan semula.
Tambah anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara itu, dia masih melalui proses bersedih dan cuba menguatkan semangat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Tak tahulah, grief ini dia pelik. Kadang-kadang kita okey, kadang-kadang kita tak okey. So, I’m still trying la, and just going with the flow.
Untuk rekod, bapa Erysha, Datuk Zakaria Abdul Rahman, meninggal dunia pada 29 Mei 2026 selepas berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dalam perkembangan lain, Erysha muncul dalam drama Bayangan Dendam berjumlah 12 episod. Selain Erysha, naskhah tersebut turut menampilkan Nadhir Nasar, Sophia Albarakbah, Yusuf Bahrin, Mia Nasir dan ramai lagi.
Undi OBPVO2.0

Sementara itu, kelab peminat Erysha yang dikenali sebagai Erystars tercalon sebagai Top 15 kategori Kelab Peminat Paling Viral di OhBulan! Paling Viral Online 2.0.
OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan OhBulan! Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi OhBulan!
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi OhBulan! Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
Kredit : Oh bulan