Djokovic, Murray langkah kanan

MELBOURNE: Novak Djokovic mengatasi pemain Sepanyol, Roberto Carballes Baena untuk meneruskan usahanya memburu gelaran Terbuka Australia ke-10 dan menyamai rekod mahkota Grand Slam ke-22.

Bintang Serbia yang terlepas kejohanan pada tahun lalu apabila dia diarah pulang turut menikmati sambutan yang hangat daripada peminat.

Pemain berusia 35 tahun itu menunjukkan tanda-tanda kecederaan hamstring yang dialaminya di Adelaide bulan ini ketika dia bertarung untuk meraih kemenangan 6-3, 6-4, 6- 0 di Rod Laver Arena, sebentar tadi.

Djokovic (kiri) bersalam dengan Carballes Baena selepas tamat perlawanan. - Foto AFP
Djokovic (kiri) bersalam dengan Carballes Baena selepas tamat perlawanan. – Foto AFP
Aksi Roberto Carballes Baena ketika berdepan dengan Djokovic. - Foto EPA
Aksi Roberto Carballes Baena ketika berdepan dengan Djokovic. – Foto EPA
Andy Murray mengejutkan pilihan ke-13 dari Itali, Matteo Berrettini dalam pertarungan lima set. - Foto AP
Andy Murray mengejutkan pilihan ke-13 dari Itali, Matteo Berrettini dalam pertarungan lima set. – Foto AP

Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray mengejutkan pilihan ke-13 dari Itali, Matteo Berrettini dalam pertarungan lima set yang memenatkan untuk mara ke pusingan kedua.

Pemain Britain berusia 35 tahun yang juga naib juara lima kali di Melbourne Park itu merekodkan kemenangan 6-3, 6-3, 4-6, 6-7, 7-6 dalam tempoh 4 jam 49 minit.

“Saya berasa sangat bangga dengan diri saya selepas perlawanan. Ia tidak seperti yang saya rasakan selama bertahun-tahun di penghujung perlawanan tenis. Saya kagum dengan diri saya sendiri,” kata Murray. – AFP

Matteo Berrettini tewas kepada Andy Murray  dalam tempoh 4 jam 49 minit. - Foto EPA
Matteo Berrettini tewas kepada Andy Murray dalam tempoh 4 jam 49 minit. – Foto EPA

 

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *