February 11, 2026

21 Orang Asli Ditahan Bantu Siasatan Kes Ceroboh Tanah Sultan Pahang

21 Orang Asli Ditahan Bantu Siasatan Kes Ceroboh Tanah Sultan Pahang

KUANTAN, 10 Feb (Bernama) — Polis menahan 21 Orang Asli bagi membantu siasatan pencerobohan tanah milik Sultan Pahang di Kampung Jemeri, Kuala Rompin, Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mereka termasuk 17 wanita berusia antara 26 hingga 60 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak yang mendakwa dilantik mengusahakan tanah itu.

“Wakil syarikat itu mendakwa sekumpulan Orang Asli menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong kelapa sawit di kawasan ladang milik Sultan Pahang seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *