Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

DUNIASUKAN

‘Hari terbaik karier saya bersama England’ – Bellingham

By petaiking
July 6, 2026 2 Min Read
Comments Off on ‘Hari terbaik karier saya bersama England’ – Bellingham

MEXICO CITY: Pemain tengah England, Jude Bellingham, menyifatkan kemenangan 3-2 ke atas Mexico pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia sebagai aksi terbaik dalam karier antarabangsanya selepas meledak dua gol untuk membawa The Three Lions ke suku akhir.

Bintang Real Madrid itu menjaringkan dua gol dalam tempoh 95 saat pada babak pertama untuk mendiamkan lebih 80,000 penyokong tuan rumah di Stadium Azteca, sebelum England yang beraksi dengan 10 pemain bertahan dengan penuh kental selepas Jarell Quansah dilayangkan kad merah, sekali gus mengesahkan pertemuan dengan Norway di suku akhir.

“Ia hari terbaik sepanjang karier saya bersama England. Saya benar-benar sukar menggambarkannya dengan kata-kata ketika ini,” kata Bellingham.

“Ia perlawanan yang cukup huru-hara dengan gol, penalti untuk dan ke atas kami serta kad merah. Kredit kepada Mexico kerana mereka bermain dengan sangat baik, tetapi pasukan ini menunjukkan semangat juang yang luar biasa dan saya amat bangga.

“Bellingham turut memuji semangat juang dipamerkan skuad kendalian Thomas Tuchel yang berjaya mengatasi tekanan beraksi di altitud tinggi serta kelewatan sejam akibat cuaca buruk.

“Pada masa lalu, dalam situasi seperti ini England mungkin sudah tewas di bawah tekanan, tetapi kali ini kami kekal bersatu sehingga wisel penamat.

“Semua pemain memberikan segala-galanya dan itulah identiti pasukan ini,” katanya.

Pemain berusia 23 tahun itu kini mengumpul empat gol dalam lima perlawanan kejohanan, sekali gus membuktikan kemampuannya selepas timbul keraguan sebelum Piala Dunia mengenai kedudukannya dalam kesebelasan utama Tuchel.

Bellingham turut berharap kejayaan England mampu menyatukan rakyat negara itu ketika mereka memburu kejuaraan utama pertama dalam tempoh 60 tahun.

“Tidak kira dari mana anda datang atau apa pekerjaan anda, saya percaya semua orang bersatu pada malam seperti ini. Itulah impian saya, menyatukan negara dan menghadiahkan detik istimewa seperti ini kepada mereka.

“Saya amat bangga dengan pasukan ini. Apa yang kami lakukan malam ini benar-benar luar biasa,” katanya.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

‘Dulu Pickleball, Sekarang Hyrox’ – Shera Aiyob Tegur Jangan Perlekeh Minat Orang Lain

Next

‘Kylian, maafkan kami’

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by