Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

DUNIASUKAN

‘Kylian, maafkan kami’

By petaiking
July 6, 2026 2 Min Read
Comments Off on ‘Kylian, maafkan kami’

NEW YORK: Kempen dalam talian yang mendesak peminat bola sepak Perancis memohon maaf secara terbuka kepada Kylian Mbappe mencetuskan fenomena selepas berjaya mengumpul lebih 16,000 tandatangan dalam tempoh 24 jam.

Pelancaran petisyen itu menyusul selepas penyerang berbakat berusia 27 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa pada kempen Piala Dunia 2026.

Sehari selepas kapten Les Bleus itu meledak dua gol untuk membantu Perancis menewaskan Sweden 3-0 dalam pusingan 32 terbaik, sebuah laman web khas bertajuk ‘Pardon Kylian’ (Kylian, maafkan kami) dilancarkan.

Penganjur kempen mendakwa peminat Perancis selama ini melayan Mbappe dengan tidak adil kerana sering meragui, mengkritik dan gagal menghargai kehebatannya serta menegaskan sekarang adalah masa terbaik untuk mereka ‘menebus dosa’.

Menariknya, petisyen itu menyenaraikan 20 bentuk kritikan spesifik yang boleh ditandakan oleh peminat sebagai pengakuan bersalah mereka sebelum ini.

Antara tuduhan yang sering dilemparkan termasuklah mendakwa Mbappe seorang yang malas berlari, dibayar gaji terlalu tinggi, patut diletakkan di bangku simpanan, tamak, malah dituduh angkuh serta tidak sayangkan negara.

Turut tersenarai kritikan yang mendakwa kehadiran Mbappe merosakkan keharmonian bilik persalinan, sudah melepasi zaman kegemilangan pada usia 25 tahun serta dakwaan kononnya penghijrahannya ke Real Madrid pada musim panas 2024 adalah satu kesilapan besar.

Kempen kreatif itu turut meletakkan beberapa sasaran yang melucukan.

Jika petisyen itu mencecah satu juta tandatangan, legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane, akan dijemput secara rasmi untuk menyerahkan buku himpunan permohonan maaf terbabit secara peribadi kepada Mbappe.

Lebih melucukan, sasaran utama kempen adalah untuk mengumpul 67 juta tandatangan iaitu jumlah keseluruhan penduduk Perancis.

Sekiranya sasaran itu tercapai, kempen terbabit secara berseloroh mendesak setiap warganegara diwajibkan secara undang-undang untuk meletakkan ‘Kylian’ sebagai nama tengah mereka.

Mbappe kini sedang menikmati prestasi kemuncak di Piala Dunia 2026 selepas meledak gol ke-17 dan ke-18 sepanjang kariernya dalam kejohanan berprestij itu.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

‘Hari terbaik karier saya bersama England’ – Bellingham

Next

Kanser kolon kian meningkat dalam kalangan orang muda

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by