Pesanan emas Messi buat Yamal
NEW JERSEY: Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, mendedahkan kata-kata istimewa yang disampaikan Lionel Messi selepas kedua-dua pemain berkongsi detik penuh emosi selepas final Piala Dunia 2026.
Messi dan Yamal dilihat berpelukan sejurus tamat aksi final di New Jersey yang menyaksikan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan hasil jaringan Ferran Torres pada minit ke-106.
Pertemuan antara dua generasi pemain itu menjadi antara momen paling menarik selepas wisel penamat, dengan Messi seolah-olah menyerahkan obor kepimpinan bola sepak dunia kepada Yamal yang baru berusia 19 tahun.
Yamal berkata, dia mahu menunjukkan rasa hormat kepada Messi,39, yang dianggapnya sebagai pemain terbaik dalam sejarah.
“Dia adalah pemain terhebat sepanjang zaman dan seseorang yang sentiasa saya kagumi. Selepas perlawanan, saya mahu menunjukkan rasa hormat kepadanya.
“Dia memberitahu saya supaya terus mengikuti laluan saya dan masa depan adalah milik generasi kami. Kata-kata itu sangat bernilai, sama seperti pingat emas yang tergantung di leher saya,” katanya seperti dipetik media Sepanyol, Marca.
Yamal yang membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia pada usia 19 tahun mengakui sukar mempercayai perjalanan kariernya selepas berpeluang berdepan Messi di pentas terbesar bola sepak dunia.
“Jika seseorang memberitahu saya beberapa tahun lalu bahawa saya akan berada di sini, menjulang Piala Dunia selepas bermain menentang Lionel Messi, saya pasti menyangka mereka gila,” katanya.
Kredit : Berita Harian