Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

DALAM NEGARA

Fahmi arah MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming

By petaiking
July 21, 2026 2 Min Read
Comments Off on Fahmi arah MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran maklumat peribadi membabitkan pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, susulan kebimbangan wujud akses tanpa kebenaran terhadap sistem dalaman sebuah syarikat telekomunikasi.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana aduan yang dikongsi Khairul Aming di platform Threads memberi gambaran terdapat individu yang tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi pelanggan serta inventori atau sistem milik syarikat telekomunikasi terbabit.

“Saya sudah bertemu wakil syarikat telekomunikasi itu dan mereka memaklumkan sedang menghubungi saudara Khairul Aming.

“Saya juga akan meminta MCMC mendapatkan laporan penuh mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Terdahulu, Khairul Aming mempersoalkan bagaimana maklumat berkaitan bil telefon peribadinya boleh diketahui pihak lain sehingga didedahkan secara terbuka di media sosial.

Menerusi hantaran di platform Threads, beliau meminta penjelasan daripada pihak telco mengenai dakwaan kebocoran maklumat bil telefon peribadinya yang dikaitkan dengan seorang pengguna media sosial.

Persoalan itu dibangkitkan selepas seorang pengguna Threads mendakwa mengetahui butiran bil telefon Khairul Aming, termasuk menyatakan terdapat tunggakan sebanyak RM498 selain mengaitkannya dengan beberapa perkhidmatan tambahan (add-on digital purchase).

Dalam pada itu, Fahmi berkata penyebaran maklumat yang boleh mengenal pasti seseorang (personally identifiable information atau PII) tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan tindakan boleh diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Berikutan itu, beliau meminta orang ramai yang mengalami insiden sama untuk membuat laporan kepada MCMC supaya pihak berkenaan mempunyai rekod, maklumat dan bukti bagi membolehkan tindakan susulan diambil.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Pesanan emas Messi buat Yamal

Next

Maxis mohon maaf susulan kebocoran data Khairul Aming

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by