Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

DALAM NEGARA

Maxis mohon maaf susulan kebocoran data Khairul Aming

By petaiking
July 21, 2026 2 Min Read
Comments Off on Maxis mohon maaf susulan kebocoran data Khairul Aming

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi, Maxis, memohon maaf susulan kebocoran maklumat akaun usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang tular di media sosial, sambil mengesahkan insiden itu berpunca daripada akses tanpa kebenaran dan kini sedang disiasat.

Maxis dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden berkenaan dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

Menurut syarikat itu, hasil siasatan awal mendapati kejadian terbabit adalah kes terpencil dan tiada petunjuk menunjukkan pelanggan lain turut terjejas.

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya.

“Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini adalah insiden terpencil yang membabitkan tindakan tanpa kebenaran. Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas.

“Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan mengenai perkara ini dan kekal komited terhadap privasi data serta perlindungan data peribadi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Khairul, 34, menuntut penjelasan daripada Maxis berhubung dakwaan maklumat bil telefon peribadinya didedahkan kepada pihak lain.

Menerusi hantaran di Threads, Khairul mempersoalkan bagaimana individu terbabit memperoleh maklumat berkaitan akaun serta pelan telefon miliknya sebelum dikongsikan secara terbuka di media sosial.

“Mohon penjelasan daripada Maxis bagaimana bil telefon peribadi saya boleh bocor,” tulisnya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik butiran pelan telefon yang digunakan Khairul, selain mendakwa usahawan itu mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498.

Bagaimanapun, Khairul menjelaskan dia sememangnya membuat bayaran lebih awal untuk beberapa bulan akan datang, namun tidak menyedari baki kredit berkenaan sudah berkurangan.

Menurutnya, perkara yang lebih membimbangkan ialah bagaimana maklumat sulit itu boleh diakses pihak lain.

“Saya memang bayar bil lebih awal untuk beberapa bulan ke hadapan dan tidak sedar baki pembayaran sudah berkurangan.

“Tetapi yang menakutkan ialah bagaimana awak boleh tahu maklumat bil Maxis saya sehingga dikongsikan secara terbuka di media sosial? Ini data peribadi saya,” katanya.

Hantaran Khairul itu turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan tahap keselamatan data pelanggan, selain menggesa siasatan menyeluruh dijalankan sekiranya benar berlaku kebocoran maklumat.

Sehingga petang ini, Khairul masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut susulan maklum balas yang diberikan Maxis.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Fahmi arah MCMC siasat dakwaan kebocoran data Khairul Aming

Next

Kesebelasan Terbaik Piala Dunia 2026

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by