Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

DUNIASUKAN

Kesebelasan Terbaik Piala Dunia 2026

By petaiking
July 22, 2026 4 Min Read
Comments Off on Kesebelasan Terbaik Piala Dunia 2026

NEW YORK: Kejayaan dramatik Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 pada final Piala Dunia 2026 melengkapkan satu kejohanan yang penuh dengan aksi mendebarkan, persembahan luar biasa dan pelbagai detik bersejarah.

Selepas tirai kejohanan dilabuhkan, tiba masanya menilai pemain paling menyerlah di setiap posisi.

Berdasarkan penilaian SofaScore, berikut adalah Kesebelasan Terbaik Piala Dunia 2026 yang menampilkan tonggak juara dunia Sepanyol bersama beberapa bintang daripada negara lain yang turut mencuri tumpuan.

Penjaga gol: Gregor Kobel (Switzerland) – 7.52

Pemilihan Gregor Kobel mungkin mengejutkan sesetengah pihak, namun penjaga gol Borussia Dortmund itu membuktikan beliau layak berada dalam senarai ini.

Kobel meneruskan tradisi kecemerlangan penjaga gol Switzerland selepas era Yann Sommer dengan beberapa aksi cemerlang sepanjang kejohanan.

Beliau menyelamatkan percubaan bernilai 0.99 xG ketika menentang Kanada sebelum muncul wira penentuan penalti menentang Colombia pada pusingan 16 terbaik, sekali gus membawa Switzerland mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak tahun 1954.

Selain itu, Kobel turut menyerlah menerusi kemampuannya memainkan bola dari bawah apabila merekodkan ketepatan hantaran 75 peratus sepanjang kejohanan, termasuk melebihi 83 peratus dalam tiga aksi peringkat kumpulan.

Bek kiri: Marc Cucurella (Sepanyol) – 7.09

Tonggak baharu Real Madrid itu menjadi pemain pertama daripada skuad juara dunia yang tersenarai.

Walaupun sering menerima kritikan sebelum ini, Cucurella mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan dengan melengkapkan 398 daripada 431 hantaran, melakukan 25 rampasan bola dan sembilan halangan.

Beliau turut menyumbang dua bantuan gol ketika Sepanyol membelasah Austria 3-0 sambil terus menjadi ancaman di bahagian kiri dalam sistem 4-2-3-1 kendalian Luis de la Fuente.

Bek tengah: Aymeric Laporte (Sepanyol) – 7.40

Laporte menjadi tonggak utama benteng Sepanyol yang hanya dibolosi sekali sepanjang kejohanan.

Pada usia 32 tahun, bekas pertahanan Manchester City itu membuktikan kepercayaan De la Fuente tidak sia-sia apabila merekodkan ketepatan hantaran 93.47 peratus, 15 pintasan dan 29 halangan.

Bek tengah: Pau Cubarsi (Sepanyol) – 7.56

Cubarsi muncul antara bintang muda paling menyerlah apabila membantu Sepanyol muncul juara dunia sebelum mencecah usia 20 tahun.

Pertahanan Barcelona itu menjadi pemain kesembilan memenangi Piala Dunia sebelum usia 20 tahun, selain turut merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Kejohanan.

Beliau mencatat ketepatan hantaran luar biasa sebanyak 96.13 peratus selain melakukan lima pintasan, 32 halangan dan dua sekatan percubaan.

Bek kanan: Pedro Porro (Sepanyol) – 7.54

Walaupun tidak memulakan semua perlawanan, Porro memainkan peranan besar dalam kejayaan Sepanyol.

Golnya ketika menewaskan Perancis 2-0 pada separuh akhir menjadi antara detik penting kejohanan.

Beliau turut menyumbang dua gol sepanjang kempen selain mencatat lapan pintasan, 14 halangan dan 30 rampasan bola.

Tengah bertahan: Rodri (Sepanyol) – 7.76

Tiada pemain lebih layak mengisi posisi ini selain Rodri.

Pemenang Ballon d’Or 2024 itu mengemudi jentera tengah Sepanyol dengan penuh tenang dan menjadi nadi utama pasukan walaupun hanya menghasilkan satu bantuan gol tanpa jaringan.

Rodri mencipta 11 peluang, melakukan 26 terjahan serta 11 halangan dalam 726 minit aksi dan dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Tengah menyerang: Jude Bellingham (England) – 7.81

Bellingham menghasilkan antara kempen terbaik pernah dipamerkan pemain England di pentas Piala Dunia.

Bintang Real Madrid itu meledak tujuh gol dan satu bantuan gol, termasuk dua jaringan ketika menentang Mexico serta dua lagi ketika menewaskan Norway.

Selain itu, beliau turut merekodkan 14 terjahan dan mencipta tiga peluang terbaik sepanjang kejohanan.

Tengah menyerang: Ousmane Dembele (Perancis) – 7.91

Pemenang Ballon d’Or itu sekali lagi membuktikan kelasnya apabila menjaringkan enam gol termasuk hatrik ketika menentang Norway.

Selain dua bantuan gol, kerjasamanya bersama Michael Olise dan Kylian Mbappe menjadi senjata utama Perancis sebelum mereka tersingkir di separuh akhir.

Sayap kanan: Lionel Messi (Argentina) – 8.79

Pada usia 39 tahun, Lionel Messi sekali lagi membuktikan dirinya masih antara pemain terbaik dunia.

Kapten Argentina itu muncul pemain dengan penarafan SofaScore tertinggi apabila meledak lapan gol dan mencipta empat bantuan gol.

Antara aksi paling diingati termasuk hatrik pada perlawanan pembukaan, membantu Argentina bangkit menewaskan Mesir serta dua bantuan gol ketika menyingkirkan England di separuh akhir.

Walaupun gagal mempertahankan kejuaraan dunia, legasi Messi di pentas Piala Dunia terus kekal luar biasa.

Penyerang: Erling Haaland (Norway) – 7.90

Penampilan sulung Haaland di Piala Dunia berakhir dengan penuh bergaya.

Penyerang Norway itu menjaringkan tujuh gol termasuk tiga kali mencipta dua jaringan dalam satu perlawanan.

Prestasi terbaiknya hadir ketika menyingkirkan Brazil pada pusingan 16 terbaik menerusi dua gol lewat permainan sebelum membantu Norway mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah.

Sayap kiri: Kylian Mbappe (Perancis) – 8.24

Mbappe sekali lagi menjadi mesin gol utama Perancis apabila meledak 10 gol untuk muncul pemenang Kasut Emas.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan jaringan Piala Dunia beliau meningkat kepada 22 gol.

Walaupun gagal menyerlah ketika tewas kepada Sepanyol di separuh akhir, persembahan Mbappe sepanjang kejohanan sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia. – AGENSI

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Maxis mohon maaf susulan kebocoran data Khairul Aming

Next

Shiera sebak tengok Odda kini artis naungan Siti

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by