Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

Shiera sebak tengok Odda kini artis naungan Siti

By petaiking
July 22, 2026 2 Min Read
Comments Off on Shiera sebak tengok Odda kini artis naungan Siti

KUALA LUMPUR: Penyampai radio dan pengacara, Sharifah Shahirah tidak dapat menahan sebak ketika menghadiri majlis pelancaran single dan video muzik sulung anaknya, Auddra Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Odda di sini, semalam.

Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkata, hatinya tersentuh melihat pencapaian anaknya yang kini bernaung di bawah Siti Nurhaliza Legacy (SNL) apabila berjaya melancarkan single pertama berjudul Gelanggang Rasa.

“Sudah lama saya tidak dengar susunan doa yang begitu indah. Biasanya kalau kita berdoa kepada Allah, kita cakap terus terang saja. Tetapi, tadi, apabila ustaz berdoa, ayatnya sangat cantik. Apabila dia sebut nama Odda dalam doa itu, saya terus sebak.

“Sebenarnya, saya bangga dan tidak sangka. Saya pernah nampak gambar Lionel Messi yang memandikan Lamine Yamal ketika kecil. Mula-mula saya ingat gambar itu hasil AI (kecerdasan buatan), rupa-rupanya gambar sebenar.

“Apabila Siti pegang Odda, dia jadi luar biasa walaupun asalnya budak biasa sahaja. Jadi, saya selalu bergurau, carilah tok imam atau idola kita, suruh dia pegang dan belai anak kita,” katanya ditemui pada majlis itu di sini, semalam.

Menurut Shiera, detik pelancaran itu mengimbau kembali hubungan akrab Odda dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak kecil.

“Saya terus teringat gambar Messi itu. Sejak kecil lagi Siti selalu menimang dan mendukung Odda. Sambutan hari jadinya pun Siti datang, majlis cukur jambul pun Siti hadir.

“Saya terharu apabila Siti memilih untuk membimbingnya, tetapi semua ini juga hasil usaha Odda sendiri. Sejak kecil dia memang minat dunia seni. Dia membesar dengan melihat dan memerhati saya.

“Kalau itu minatnya, teruskanlah. Cuma saya tahu akan ada yang membandingkannya dengan Siti. Saya tak boleh tutup mulut orang. Faham sajalah bagaimana DNA keluarga kami,” katanya.

Pada masa sama, Shiera berkata suaminya, Ijoy, turut memberi sokongan terhadap minat Odda dalam bidang seni, namun sentiasa mengingatkannya supaya menjaga disiplin.

Mengulas mengenai pemilihan lagu Gelanggang Rasa, Shiera berkata idea itu bermula apabila penyanyi dan penyampai radio, Haiza, menghubunginya untuk memperkenalkan lagu berkenaan.

“Haiza dari Kool FM mesej saya dan beritahu ada lagu yang sesuai untuk Odda. Sebenarnya, bukan Haiza sahaja, ramai juga yang menghantar lagu termasuk Amsyar dan beberapa komposer lain.

“Tetapi lagu ini yang dipilih untuk diterbitkan terlebih dahulu. Siti pun bersetuju, jadi saya ikut sahaja… Odda pun sama.

“Mungkin Odda sebenarnya ada genre muziknya sendiri, tetapi dia masih perlu menjalani latihan vokal dan memperbaiki banyak perkara.

“Perjalanan dia masih sangat jauh. Kita cuba dan lihat dahulu. Mungkin lagu ini menjadi, mungkin juga tidak. Apa pun, ini baru babak pertama dalam perjalanan seninya,” katanya.

Semalam, Odda melancarkan single solo sulungnya berjudul Gelanggang Rasa, sebuah karya pop kontemporari yang dipadankan dengan elemen R&B bagi menyerlahkan identiti muzik penyanyi muda itu.

Lagu berkenaan adalah hasil ciptaan Micu Ellis dan Mingaling, manakala lirik dihasilkan Micu Ellis bersama Aril Armani.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Kesebelasan Terbaik Piala Dunia 2026

Next

Ezzanie Jasny Ulas Hantaran Di Threads, Nafi Sindir Individu Tertentu – ‘Tak Tuju Sesiapa, Sekadar Social Experiment’

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by