“Yang Dekat Dengan Dia Memang Hancur Karier” – Tangkap Layar Berkaitan Sarah Yasmine Dan Pelakon High Council Kecih
Nama Sarah Yasmine kembali menjadi perhatian selepas satu hantaran di Threads memuat naik beberapa tangkap layar yang didakwa berkaitan dirinya.
Pemilik akaun tersebut hanya menulis ringkas.

“Sarah Who? 👀
Hantaran itu turut memaparkan beberapa gambar termasuk tangkap layar seorang wanita serta perbualan WhatsApp yang ada menyebut nama ‘Amir’.
Bagaimanapun, konteks sebenar di sebalik perkongsian tersebut tidak dijelaskan, sekali gus mengundang tanda tanya netizen.


Terdahulu, nama Sarah pernah dikaitkan dengan pelakon drama tersebut. Pada April 2024, aktor berkenaan mengakui mengenali Sarah selepas mereka bertemu di sebuah acara di Singapura, namun menjelaskan hubungan mereka sekadar kawan.
Dia turut menyifatkan Sarah sebagai seorang yang baik dan banyak membantu sepanjang acara tersebut. Dia bagaimanapun berkata mereka tidak lagi berhubung selepas pertemuan berkenaan.
Setakat ini, tiada penjelasan lanjut mengenai maksud hantaran “Sarah Who?” atau kesahihan konteks tangkap layar berkenaan.
Kredit : Beautifulnara