Penyanyi Siti Nordiana mengakui peristiwa kematian vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik masih segar dalam ingatannya walaupun sudah 16 tahun berlalu.
Masih ingat
Menerusi perkongsian di Threads, Siti Nordiana yang mesra disapa dengan panggilan Nana memuat naik video yang memaparkan situasi ketika dia mendapat tahu mengenai berita buruk itu pada 17 April 2010.
Jelas Nana, peristiwa hitam itu kembali bermain di fikirannya setiap kali nama Allahyarham Achik disebut.
Setiap kali orang tanya Nana pasal Achik, mesti Nana teringat balik waktu Nana dapat berita yang dia sudah tiada.
Walaupun dah 16 tahun berlalu, sampai bila-bila pun Nana takkan lupa peristiwa tu.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai apabila segelintir netizen turut berkongsi perasaan mereka apabila mendapat tahu tentang kematian Achik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengimbas kembali kenangan serta momen ketika menerima berita pemergian penyanyi itu.
Komen netizen


Kredit : Oh bulan

