‘Awak Jadikan Saya Seorang Ibu’ – Rita Rudaini Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Airit Rayyan
Pelakon, Rita Rudaini berkongsi ucapan istimewa buat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-17 tahun.
Gelaran bermakna

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, 50, menyifatkan kehadiran anak sulungnya itu sebagai insan yang menghadiahkan gelaran paling bermakna dalam hidupnya, iaitu sebagai seorang ibu.
Menurut Rita, setiap langkah pertama dan senyuman anaknya menjadi sebahagian daripada perjalanan yang membentuk dirinya sebagai seorang ibu seperti hari ini.
Untuk anak sulungku, Airit Rayyan, awak yang menjadikan saya seorang ibu.
Kita membesar bersama, langkah pertamamu, dan pelajaran pertamaku sebagai seorang ibu.
Setiap kesilapan, air mata, dan senyuman telah membentuk diriku menjadi ibu hari ini.
Dalam masa sama, Rita berkata walau sebesar mana pun anaknya membesar, dia tetap akan menganggapnya sebagai anak yang menghadiahkan gelaran paling bermakna dalam hidupnya.
Tak kira berapa pun usia awak nanti, awak akan sentiasa menjadi anak kecil yang telah menghadiahkan gelaran paling bermakna dalam hidup saya.
Selamat Hari Lahir anakku.
Kredit : Oh bulan