Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

“Dah Bagi Amaran Tapi Dia Tak Dengar” – Datuk Yusof Haslam Kesal Pelakon Drama Gerak Khas 2.0 Ditangkap

By petaiking
July 8, 2026 1 Min Read
Comments Off on “Dah Bagi Amaran Tapi Dia Tak Dengar” – Datuk Yusof Haslam Kesal Pelakon Drama Gerak Khas 2.0 Ditangkap

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengesahkan beliau sudah sedia maklum mengenai penahanan seorang pelakon wanita drama Gerak Khas 2.0 yang didakwa terlibat dalam kes dadah.

Menurut Yusof, beliau sebelum ini sudah dua kali memberi amaran kepada pelakon terbabit supaya menjaga tingkah laku dan tidak melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan imej drama kepolisan tersebut.

“Saya sudah beri amaran, jangan ‘expose’ diri, pergi kelab dan sebagainya kerana dia berlakon watak polis.”

Yusof berkata, beliau tidak menghalang kehidupan peribadi pelakon berkenaan, namun menasihatkan agar lebih berpada-pada kerana membawa watak sebagai anggota polis dalam drama tersebut.

“Saya menasihatkan dia, jika hendak pergi kelab malam, karaoke dan sebagainya itu hak dia, tetapi berpada-pada kerana dia terlibat Gerak Khas 2.0.

“Saya tahu pergi karaoke itu memang rutin dia, namun kurang-kurangkan kerana dia membawa watak seorang polis.

https://beautifulnara.com

“Apa pun amaran itu tidak diendahkan dan akhirnya membinasakan.

“Saya amat menjaga imej Gerak Khas dan tak mahu ianya tercalar. Bukanlah kita ini sempurna tapi sekurang-kurangnya saya tak mahu imej polis itu tercemar,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan dilaporkan ditahan selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu negara.

Pelakon wanita itu ditahan bersama 17 individu lain dalam serbuan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. – UTUSAN

Kredit : Beautifulnara

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

‘Awak Jadikan Saya Seorang Ibu’ – Rita Rudaini Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Airit Rayyan

Next

BN, PH dominasi kerusi putih

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by