Pelakon, Anzalna Nasir sekali lagi tampil memberi kenyataan selepas segelintir netizen terus mempersoalkan tindakannya menjadi pengiring dulang atau ‘bridesmaid’ pada majlis pernikahan Amira Othman bersama Fattah Amin, Ahad lalu.
‘Tak suka angkat dulang’
Tidak mudah melatah, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 37, memilih untuk kekal positif dengan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk yang menyokong mahupun mengkritik tindakannya.
Kenapa tak suka saya angkat dulang? Okay fine, lepas ini saya angkat kerusi pulak!
Saya sayang semua yang backup, yang tak backup pun saya tetap sayang juga.
Sebab inilah kehidupan ada yang suka, ada yang tak suka.
Tambah pelakon drama Memori Cinta Suraya itu, dia tidak pernah membuka ruang untuk membiakkan kebencian, sebaliknya mahu terus menjalani kehidupan dengan hati yang lapang.
Tapi saya chill je, sebab saya tak akan buka ruang untuk benci.
Kalau kita belajar suka semuanya, hidup jadi lebih tenang, hati jadi happy.
Terdahulu, tular kecaman daripada segelintir netizen yang mendakwa pembawa dulang pada majlis tersebut bersikap ‘talam dua muka’ kerana turut bersahabat dengan bekas isteri Fattah, aktres Nur Fazura.
Selain Anzalna, beberapa selebriti lain yang turut menjadi pembawa dulang ialah Ernie Zakri, Nabila Razali, Wany Hasrita, Qasrina dan Hawa Rizwana.
Kredit : Oh bulan