Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

“Tolong Jangan Ganggu Saya” – Adira Suhaimi Respon Isu Tak Hadir Majlis Kahwin Datuk Red

By petaiking
August 3, 2026 2 Min Read
Comments Off on “Tolong Jangan Ganggu Saya” – Adira Suhaimi Respon Isu Tak Hadir Majlis Kahwin Datuk Red

Penyanyi Adira Suhaimi akhirnya tampil menjelaskan mengenai isu ketidakhadirannya ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 35, berkata perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar memandangkan dia tidak pernah menghalang bekas suaminya daripada bertemu dengan empat cahaya mata mereka.

“Isu saya tidak hadir ke majlis perkahwinan dia bukanlah satu perkara yang besar sehingga perlu diperbesarkan atau diperkatakan secara berlebihan.

“Apa yang penting sekarang adalah saya masih memberi peluang kepada anak-anak untuk berjumpa dengan dia.

“Jadi, dalam menjaga amanah empat orang anak ini, tanpa mengganggu atau menyusahkan sesiapa, saya harap perkara atau isu seperti ini tidak lagi mengganggu saya,” katanya kepada Gempak.

Adira berkata demikian ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan Cinta Yang Di Akhir Garisan 2.0 di Istana Budaya pada Khamis.

Dalam masa sama, pelantun lagu Khianat Yang Terpilih itu berharap orang ramai memberi ruang kepadanya untuk mencari rezeki dan membesarkan anak-anak dengan tenang.

“Harapan saya, berilah saya ruang untuk mencari rezeki dengan tenang dan membesarkan anak-anak saya dengan tenang. Bukan mudah untuk menjaga empat orang anak.

“Saya mencari rezeki untuk menampung segala keperluan mereka, daripada pendidikan, tempat tinggal, makan minum, pakaian hinggalah kepada kesihatan. Semua itu saya lakukan tanpa menyusahkan atau mengganggu sesiapa.

“Jadi, saya minta janganlah ganggu saya juga kerana saya tidak pernah mengganggu sesiapa. Berilah saya peluang untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu dan fokus kepada kerjaya saya.

“Saya tidak mahu isu seperti ini terus berpanjangan kerana anak-anak saya pun sudah besar dan boleh membaca,” ujarnya.

Terdahulu, isu tersebut menjadi perhatian ramai selepas Datuk Red memaklumkan Adira tidak membawa anak-anak mereka ke majlis resepsi perkahwinannya.

Kredit : Beautifulnara

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Fauziah Nawi Puji Kejayaan Shila Amzah – ‘Alhamdulillah, Rezeki Dia Di Luar Negara, Lebih Dihargai’

Next

“Saya Tak Menidakkan Atau Mengiyakan Status Saya” – Aliff Aziz Nafi ‘Play Victim’, Cari Kekuatan Memaafkan Diri

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by