“Kalau Sampai Sentuh Mak Ayah Kami, Itu Dah Melampau” – Kakak Syida Melvin Dakwa Bekas Adik Ipar Hina Ibu
1 min read

“Kalau Sampai Sentuh Mak Ayah Kami, Itu Dah Melampau” – Kakak Syida Melvin Dakwa Bekas Adik Ipar Hina Ibu

Kakak kepada pelakon Syida Melvin, Syafiqa Melvin tampil berkongsi tangkap layar yang didakwa memaparkan mesej daripada bekas adik iparnya yang menghina ibu mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Syafiqa berkata keluarga mereka selama ini memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga Syida dan bekas suaminya.

Namun, menurutnya, keadaan berubah apabila ibu bapa mereka turut didakwa menjadi sasaran.

“Selama ini apa yang kau buat, kami diam. Sebab itu hal rumah tangga kau dengan adik kami. Tapi kalau sampai sentuh mak ayah kami, itu dah melampau. Bukan sekali ini tau, sejak mereka dalam fasa bercerai, dia dah melebih.”

Dakwa Ibu Dipersalahkan Atas Keretakan Rumah Tangga

Syafiqa turut mendakwa bekas adik iparnya menyalahkan ibu mereka atas keretakan rumah tangganya bersama Syida.

Malah, dia mendakwa terdapat perbandingan dari segi latar belakang dan kedudukan kewangan antara kedua-dua keluarga.

“Dia tuduh mak kami yang buatkan mereka bercerai. Dia kata dia kaya, keluarga Syida hanya orang kampung dan miskin.”

Dakwa Ibu Turut Dihina

Menurut Syafiqa, perkara itu menjadi lebih serius apabila bekas adik iparnya didakwa turut mengeluarkan kata-kata menghina terhadap ibu mereka ketika bercakap dengan anak Syida.

“Dan dia dah berani kutuk dan keji mak kami sendiri. Masa call dengan anak Syida, dia tanya ‘hitam mana?’ iaitu mak kami.”

Syafiqa turut menyindir imej individu berkenaan yang menurutnya berbeza daripada apa yang dipaparkan di media sosial.

https://www.instagram.com/syidamelvin/?utm_source=ig_embed&ig_rid=A7lmaFL4zuNW7hwSxMQx87A

“Inilah yang anda semua nampak baik di media sosial. Pijak semut pun tak mati.”

Bagaimanapun, segala dakwaan tersebut merupakan kenyataan yang dibuat oleh Syafiqa berdasarkan perkongsian dan tangkap layar yang dimuat naiknya.

Kredit : Beautifulnara