Saiful Apek Dipuji Ramah Layan Peminat, Akui Pernah Menyepi – ‘Hampir 10 Tahun Tidak Berinteraksi’
Pelakon, Saiful Apek mencuri perhatian netizen apabila sikapnya yang mesra dan tidak lokek meluangkan masa untuk berinteraksi dengan peminat di Threads menerima pujian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, netizen menyifatkan Saiful atau nama sebenarnya Saiful Azam Mohamed Yusoff sebagai antara artis yang cukup aktif di platform tersebut, selain sentiasa merendah diri dan mesra melayani pengikutnya.
Mengulas perkara itu, Saiful tidak menafikan dirinya pernah menyepi daripada berinteraksi dengan peminat selama hampir sepuluh tahun.
Menurutnya, keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh kesibukan, keletihan serta pelbagai dugaan dan masalah besar yang terpaksa dihadapinya dalam kehidupan.
Ya, benar. Tapi saya sendiri pun pernah melalui satu ketika dahulu yang saya tidak berinteraksi langsung dengan peminat hampir sepuluh tahun.
Memang terlalu sibuk, penat, macam-macam ujian dan masalah yang berat.
Dalam masa sama, pelakon filem Cicakman itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa bersangka baik dan memahami bahawa setiap individu mempunyai kelebihan serta kekurangan tersendiri.
Jadi, pengajarannya adalah kita perlu sentiasa bersangka baik.
Dalam setiap kelebihan seseorang, pasti ada kekurangannya.
Dalam setiap kekurangan seseorang, pasti ada kelebihannya.
Kredit : Oh bulan