KUALA LUMPUR: Kerajaan mengarahkan semua keputusan perolehan membabitkan tentera, polis dan agensi berkaitan dibekukan sementara bagi memastikan peraturan dipatuhi sepenuhnya serta bebas daripada unsur rasuah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi membolehkan perkara terbabit diteliti serta disusun semula.

Perdana Menteri menegaskan langkah itu penting kerana masih wujud budaya memandang ringan isu rasuah.

Malah, beliau berkata, ada pihak mempertahankan perbuatan berkenaan, termasuk ketika tindakan diambil terhadap bekas pemimpin yang memiliki kekayaan berbilion ringgit.

“Di Parlimen umpamanya, apabila tindakan diambil terhadap mantan-mantan menteri yang ada kekayaan berbilion (ringgit), kadang-kadang kita disanggah dan tidak diberikan kerjasama.

“Budaya buruk dan merosakkan ini mesti diperbaiki segera,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Kredit : Berita Harian

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *