February 11, 2026

SARA “One-Off” Disalur Mulai Hari Ini

SARA “One-Off” Disalur Mulai Hari Ini

PUTRAJAYA — Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 terhadap 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Perdana Menteri menerusi satu muat naik di laman Facebook rasmi.

Menurut kenyataan itu, SARA Untuk Semua ini sebagai komitmen berterusan kerajaan untuk meringankan kos sara hidup serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Dengan hanya membawa MyKad, penerima layak menggunakan peruntukan RM100 secara sekali bayar (one-off) untuk membeli barangan keperluan asas yang ditetapkan di bawah inisiatif SARA di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/stories/104799108350714/?source=EMBED_POST&ref=embed_post

Cara semak kelayakan SARA “One-Off” 2026

Berikut cara untuk membuat semakan:

  1. Anda perlu buka laman web https://sara.gov.my/
  2. Tekan pada bahagian Semak Kelayakan
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Status kelayakan anda akan terpapar

Bantuan RM100 itu akan dikreditkan melalui MyKad.

Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Langkah-langkah untuk beli barangan

Pilih barangan keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *