Bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh menyelar sikap bekas suaminya yang didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka yang dikenali sebagai Nada.
Nafkah anak tak cukup?

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya,, Fara mendakwa nafkah sebanyak RM400 sebulan yang diberikan oleh Shuk tidak mencukupi untuk menampung keperluan seorang bayi.
Shuk sahar, susah sangat ke? Bukan ke hidup kau lavish? Aku nak beli puting susu nada, barang mandi dia banyak dah habis.
Si nada tu dah mula makan. Makanan dia bukan pergi pasar free. Kau tanggung taska dengan pampers je ke Shuk. Habis yang lain ni bukan ke tanggungjawab kau juga?
Fara turut mendakwa Shuk enggan hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan urusan pendaftaran sijil kelahiran Nada.
Malah, urusan aqiqah dan majlis cukur jambul untuk Nada masih belum dilaksanakan sehingga hari ini sedangkan Shuk didakwa mampu menjalani kehidupan yang mewah.
Anak aku tak boleh perfect? Aku tak buat pun cukur jambul doa selamat macam kau buat masa umur kau 5 tahun. Aqiqah pun tak buat lagi tau.
Ujar Fara, tanggal 27 Mac 2026 anaknya genap berusia lapan bulan satu hari namun sepanjang tempoh itu, bayi itu didakwa telah dikhianati oleh bapa kandungnya sendiri.
Kredit : Oh bulan
