Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan momen bersama arwah ibu, Halizawati Salleh yang menjadi pendorong utama untuk melihatnya kembali berumah tangga.

Dorongan arwah ibu

Ketika ditemui OhBulan!, Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, berkongsi pesanan arwah ibunya yang mahu dia mengenali pilihan hati dengan cara yang betul.

elain itu, tarikh pernikahan juga dipercepatkan bagi mengelakkan perkara baik terus tertangguh.

Arwah ibu pesan dekat saya untuk buat kerana niat yang betul sebab tengah dalam proses bercerai.

Maksudnya ibu suruh saya buat dengan cara yang betul iaitu bernikah. Sebab itu saya cakap dengan Fiona untuk tunaikan permintaan ibu.

Sepatutnya tarikh nikah nak pilih pada hari lahir Mama (15 Februari) tetapi ayah pesan untuk tidak melewat-lewatkan pernikahan jadi kami pilih 13 Februari.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Yang Engkau Mahukan yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Hafiz menyifatkan Fiona sebagai wanita prihatin sekali gus meluahkan rasa syukur kerana hubungan yang direstui arwah ibu.

Saya suka sikap prihatin yang ada pada Fiona. Dia tahu macam mana nak uruskan saya.

Alhamdulillah, sebenarnya ini pun atas restu arwah ibu juga. Macam saya pernah cakap, ibu adalah keutamaan saya.

Masa awal perkenalan dulu pun perkara pertama saya lakukan adalah bawa Fiona bertemu dengan ibu.

Detik awak pengenalan

Mengulas lanjut mengenai kisah cinta, pelantun lagu Terus Bersinar itu memaklumkan segalanya bermula daripada ‘Konsert Hafiz Suip -Perjalananku’ yang berlangsung pada 13 Oktober 2024 di Kuching, Sarawak.

Tambah Hafiz, dia mencari pengganti Adira ketika itu namun secara tidak langsung menemui Fiona yang mendengdangkan lagunya berjudul Ku Akui di sebuah restoran yang dikunjunginya.

Perkenalan kami bermula pada 2024 sewaktu konsert saya di Kuching, Sarawak. Waktu itu saya mencari penyanyi sebagai pengganti Adira.

Saya lepak satu kedai makan, lepas itu ada seorang perempuan (Fiona) menyanyi lagu Ku Akui. Sedap pula suaranya. Saya diberitahu Fiona juga seorang penyanyi.

Saya pun google nama Fiona John. Memang betul dia penyanyi. Saya cakap nak bawa dia jadi penyanyi undangan konsert saya. Daripada situlah kami mula berkenalan dan berkawan.

mbas kembali, Hafiz sah bergelar suami kepada Fiona dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching pada 13 Februari.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching. 

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9 dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.

Selain itu, Fiona yang berbangsa Bidayuh dilaporkan sah bercerai kira-kira lima tahun lalu bersama seorang lelaki berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kredit : Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *