Penyanyi, Iman Troye mengakui berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pengguna media sosial yang mewujudkan akaun palsu menggunakan wajah serta namanya di platform Threads.
‘Tuduh aku mengandung’

Lebih mengundang rasa geram, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, berkata, individu tersebut bukan sahaja menyamar sebagai dirinya, malah turut menyebarkan dakwaan palsu kononnya dia sedang hamil.
Suka hati kau saja, tiba-tiba tuduh aku mengandung. Jumpa di akhirat.
Dalam masa sama, pelantun lagu Teman itu turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana penyamar berkenaan bukan sekadar memfitnah, malah dipercayai cuba memperdaya orang ramai dengan tujuan mendapatkan wang.
Kau dah lah muat naik hantaran cakap aku mengandung, aku ini kahwin pun belum. Siap ‘scam’ orang lagi letak QR.
Orang yang komen pun percaya itu saya kenapa? Allahuakhbar. Terang-terang itu akaun palsu.
Iman turut meluahkan rasa hairan apabila masih ada pengguna media sosial yang mempercayai hantaran tersebut walaupun jelas datang daripada akaun yang tidak sah.
Sementara itu, hasil carian mendapati akaun palsu berkenaan sudah dinyahaktifkan, manakala hantaran berkaitan dakwaan kehamilan itu juga telah dipadam daripada platform tersebut.
Terdahulu, tular di Threads satu hantaran yang mendakwa kononnya Iman sendiri mengumumkan berita kehamilannya sehingga mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Lebih mengejutkan, individu yang menyamar itu turut memuat naik gambar imbasan ultrasound bayi bagi meyakinkan orang ramai bahawa dakwaan tersebut adalah benar.
Kredit : Oh bulan
