Datuk Red selamat bernikah dengan Rohanita

KUALA LUMPUR: Usahawan, Datuk Red, 48, sah bernikah dengan wanita pilihan hati dikenali sebagai Rohanita, 35, di sebuah masjid dipercayai di ibu negara, hari ini.

Perkara itu dikongsikan Datuk Red atau nama sebenar Adnan Abu menerusi sesi siaran langsung di akaun TikToknya, pagi tadi.

Dalam sesi siaran langsung berkenaan, dilihat Red bersama Rohanita dilihat mengenakan persalinan sedondon berwarna putih, yang dipercayai dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Menerusi hantaran TikTok Storynya, semalam, dilihat Red memuat naik sebuah gambar swafoto bersama Rohanita sambil memegang jambangan bunga.

Selain itu, hantaran TikTok Storynya lima jam yang lalu, Red turut memuat naik sebuah gambar swafoto di cermin bersama Rohanita dengan emoji hati berwarna biru berserta emoji pengantin perempuan.

Sebelum ini, Red mengesahkan dia bakal berkahwin lagi dengan wanita pilihannya pada bulan ini dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat dan mengharapkan berjalan lancar.

Red turut berkata majlis hari bahagianya itu bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

Hubungan Red dan Rohanita yang juga ibu tunggal seorang anak mula jadi perhatian ramai dalam media sosial sejak Januari lalu.

Terdahulu, Red pernah berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua pada 3 Dissember 2015, namun bercerai pada 24 April 2024 dan mereka dikurniakan empat anak.

Kredit : Berita Harian