Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

SUKAN

‘Datuk, tunggu saya…’ – Ee Wei

By petaiking
July 23, 2026 2 Min Read
Comments Off on ‘Datuk, tunggu saya…’ – Ee Wei

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei kagum dengan semangat tidak mudah mengalah pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei yang kini menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan lutut.

Ee Wei menjalani pembedahan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada lutut kirinya di Melbourne, Australia awal bulan ini dan dijangka menjalani tempoh pemulihan selama tiga bulan di negara berkenaan.

Kecederaan itu dialami pemain berkenaan ketika beraksi bersama Chen Tang Jie pada aksi suku akhir Terbuka Singapura, Mei lalu.

Chong Wei berkata, Ee Wei menunjukkan motivasi tinggi sepanjang proses pemulihan dan sikap pemain itu wajar dijadikan contoh oleh pemain lain, terutama dalam menghadapi cabaran ketika berdepan kecederaan.

Menurutnya, BAM akan memastikan Ee Wei mendapat sokongan terbaik sepanjang proses pemulihan sebelum kembali ke gelanggang dalam keadaan benar-benar bersedia.

“Setakat ini dia perlu menjalani proses pemulihan selama tiga bulan di Australia. Kita sentiasa berhubung dengan Ee Wei dan dia sendiri berpuas hati dengan perkembangan serta proses pemulihannya.

“Kita akan beri perkhidmatan terbaik untuk Ee Wei kerana saya fikir dia adalah prospek pingat untuk Sukan Olimpik 2028.

“Kita harap dia tidak terlalu terburu-buru dan benar-benar pulih 100 peratus sebelum kembali ke gelanggang,” katanya kepada BH Sukan.

Chong Wei berkata, beliau kagum dengan keazaman Ee Wei yang mahu kembali beraksi bukan sahaja untuk dirinya sendiri, malah demi mengharumkan nama negara.

“Saya sudah bercakap dengan dia dan dia kata kepada saya, ‘Datuk, saya mahu kembali. Tunggu saya, saya akan berjuang untuk diri sendiri dan negara kita’.

“Itu menunjukkan motivasi dan kemahuan yang tinggi. Saya rasa pemain lain perlu belajar daripada sikap dia,” katanya.

Menurut Chong Wei, proses pemulihan selepas menjalani pembedahan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kekuatan mental selain disiplin tinggi daripada seseorang atlet.

Katanya, perkembangan Ee Wei yang sudah mula melakukan latihan ringan selepas dua minggu menjalani pembedahan menunjukkan komitmen tinggi pemain itu untuk kembali ke tahap terbaik.

“Bukan mudah selepas menjalani pembedahan dan kemudian perlu kembali semula. Atlet perlu kuat dari segi mental.

“Saya harap dia dapat pulih dengan cepat dan kembali bersama pasukan di Malaysia,” katanya.

Ee Wei bersama Tang Jie mencipta sejarah tahun lalu apabila muncul juara dunia, sekali gus menjadi beregu campuran pertama Malaysia melakar kejayaan itu.

Kejayaan berkenaan menjadikan mereka antara prospek utama negara bagi memburu pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

“Dia Kahwin Dengan Saya Bukan Sebab Cinta” – Watie Dedah Dia Dan Shuib Kahwin Sebab…

Next

Siti Nurhaliza Terima Ijazah Kehormat Sarjana Dalam Bidang Seni Kreatif & Media

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by