Bekas Isteri Fikry Ibrahim Luah Perasaan, Reda Dengan Perpisanhan – “Terima Kasih Pernah Jadi Suami Saya”
Bekas isteri Fikry Ibrahim, Khalizah Alihan, tampil berkongsi luahan hati selepas pelakon itu semalam mengumumkan bahawa mereka telah berpisah sejak lebih enam bulan lalu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Khalizah memilih untuk meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang dan menerima ketentuan Allah terhadap perjalanan rumah tangga mereka.
https://www.instagram.com/khalizah_alihan/?utm_source=ig_embed&ig_rid=Arz4ByNPWiGst1DWfMvSylx
“Satu babak yang panjang akhirnya telah berakhir.”
Khalizah berkata, dia mungkin masih belum memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran tersebut, namun percaya terdapat hikmah dalam setiap ketentuan yang telah ditetapkan Allah.

“Saya memilih untuk terus melangkah dengan hati yang berdamai dengan apa yang telah Allah tuliskan. Saya mungkin belum memahami setiap sebab di sebalik pengakhiran ini hari ini, tetapi saya percaya ada hikmah dalam setiap qadar.”
Dalam masa sama, dia turut mendoakan agar Allah mengampunkan segala kekurangan mereka, menyembuhkan apa yang perlu disembuhkan serta menggantikan segala kehilangan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kedua-dua pihak.
Khalizah turut mengucapkan terima kasih kepada Fikry kerana pernah menjadi insan yang dicintainya serta pernah bergelar suami.

Kredit : Beautifulnara