Kenduri Kahwin Didakwa Diperlekeh Pengacara Majlis, Fedtri Yahya Komen – ‘Nanti Majlis Aqiqah Anak Panggil Saya’
1 min read

Personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya, mencuri perhatian warganet apabila tampil menawarkan khidmat pengacaraan kepada seorang pengantin perempuan yang tular berikutan mendakwa majlis perkahwinannya telah diperlekeh oleh pengacara majlis.

Majlis perkahwinan

Menerusi satu hantaran yang tular di aplikasi Threads, wanita berkenaan meluahkan rasa terkilan terhadap sikap pengacara majlis yang didakwa telah menghina majlis perkahwinannya.

Isu berkenaan menyorot perhatian ramai selepas pengantin tersebut memaparkan tangkap layar perkongsian pengacara majlis tersebut.

Melihat situasi berkenaan, Fedtri Yahya yang terkenal dengan profesionalisme tampil meninggalkan komen ringkas di ruangan hantaran berkenaan.

Nanti majlis aqiqah anak panggil saya okay.

Komen spontan daripada pengacara berpengalaman itu dilihat telah dihujani puluhan ribu tanda suka daripada warganet.

Tambah mereka, ia akan menjadi satu momen indah buat pasangan pengantin berkenaan sekiranya impian itu menjadi kenyataan suatu hari nanti. 

Kredit : Berita Harian