KUALA LUMPUR: Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo da Silva tidak mengambil masa lama untuk mencatat nama sebagai penjaring apabila meledak gol sulungnya pada aksi pramusim di Sepanyol.

Skuad Harimau Selatan kini berada di negara Eropah itu bagi menjalani kem latihan intensif selama lebih tiga minggu, termasuk mengatur lapan perlawanan persahabatan sebagai medan persiapan menghadapi musim baharu Liga Super.

Pada aksi pertama di pusat latihan Melia Villaitana, Alicante semalam, JDT berdepan Real Murcia Imperial dengan menurunkan beberapa pemain baharu dalam kesebelasan utama termasuk Jon Irazabal, Antonio Glauder, Hector Hevel dan Jairo.

Penyerang Bergson da Silva membuka tirai jaringan seawal minit kelima sebelum Jairo, 33, menggandakan kelebihan pada minit ke-20 menerusi penyudah kemas untuk mencatat gol pertamanya bersama pasukan itu.

JDT terus mendominasi permainan dan menambah dua gol lagi pada babak kedua menerusi penyerang kebangsaan, Romel Morales, sekali gus memastikan kemenangan meyakinkan 4-0 ke atas Real Murcia Imperial.

Pasukan kendalian Xisco Munoz itu akan berdepan satu lagi kelab dari Sepanyol, Costa City awal pagi esok di Estadi Olimpic Camilo Cano juga di Alicante pada aksi kedua pramusim mereka.

Kredit : Berita Harian

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *