Pelakon jelita Anzalna Nasir menyifatkan perkahwinan sebagai satu perjalanan yang perlu dijalani bersama.

Perkahwinan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu mempersoalkan kehidupan pelakon drama bersiri Aku Isterinya itu.

Menurutnya, adik beradik Anzalna memiliki rupa paras yang jelita serta pasangan yang kaya.

Macam mana adik beradik macam Anzalna dapat kahwin dengan lelaki kaya.

Lawa itu satu hal lah.

Dalam pada itu, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, dilihat menjawab persoalan individu terbabit dengan menyatakan setiap insan miliki rezeki tersendiri.

Tambah Anzalna, sebuah perkahwinan bukan semata tentang harta namun keserasian antara pasangan.

Setiap orang ada rezeki masing-masing.

Perkahwinan bukan semata-mata tentang harta, tetapi tentang keserasian, saling menghormati dan membina kehidupan bersama.

Sekadar info, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Sumber: Threads @anzalnanasir88

-Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *