Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’

By petaiking
August 6, 2026 2 Min Read
Comments Off on Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’

Pelakon, Zarif Ghazzi sanggup menurunkan berat badan hampir 21 kilogram (kg) dalam tempoh tiga bulan semata-mata untuk menjayakan watak Abbas dalam filem terbaharunya, Kudrat 1968.

Berat badan

Ketika ditemui OhBulan!, Zarif, 22, berkata dia mengamalkan diet tanpa karbohidrat bagi mencapai bentuk badan yang lebih sesuai dengan watak yang dibawanya.

Saya memang tidak mahu orang nampak ‘Zarif Ghazzi’ dalam filem ini, memang nak orang nampak diri saya sebagai Abbas jadi memang mental dan fizikal saya ubah.

Dari berat 90kg turun kepada 69kg dalam masa tiga bulan. Saya makan sehari sekali dan jogging sejauh 15 kilometer untuk mendapatkan fizikal yang sesuai dengan watak ini.

Saya juga bukan seorang pemarah atau berlawan, jadi sepanjang empat hingga lima bulan persediaan itu, itulah cabaran sebenar saya sebelum masuk ke set penggambaran.

Zarif berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan pelakon utama Kudrat 1968 di Robert’s Theatre, The Campus Ampang, di sini, pada Rabu.

Zarif berkata, perubahan itu dilakukan kerana dia mahu menampilkan imej seperti seorang pelajar sekolah, selain memberi kelainan dari watak-watak yang pernah dibawanya.

Permulaan karier saya dah banyak main watak umur 20 tahun ke atas dan badan saya kena besar.

Jadi untuk dapatkan imej budak sekolah itu, saya memang mahu nampak realistik. Bukan sekadar mental saja kena berubah tetapi fizikal juga.

Saya tidak mahu penonton mempersoalkan tentang bagaimana seseorang yang berbadan besar boleh memainkan watak budak sekolah jadi sebab itu saya kuruskan badan.

Mengulas lanjut, Zarif berkata dia turut mengambil pendekatan menggelapkan warna kulitnya bagi menyerlahkan lagi penampilan sebagai seorang pelajar.

Katanya, dia sanggup melakukan pelbagai pengorbanan demi menghidupkan watak tersebut kerana menganggapnya sebagai satu tanggungjawab besar yang perlu digalas sebagai seorang pelakon, apatah lagi watak itu sememangnya menjadi rebutan ramai.

Saya percaya setiap rezeki yang datang dekat saya datang sekali dengan tanggungjawab.

Saya tahu watak ini ramai yang idamkan, hampir sejuta yang menghantar video uji bakat.

Untuk info, Kudrat 1968 menjadi prekuel kepada fenomena siri Projek: High Council (2023) dan filem Kahar: Kapla High Council (2024), dengan mengetengahkan kisah awal tercetusnya sistem hierarki rahsia yang diwujudkan dalam kalangan pelajar.

Kredit : Oh bulan

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api”

Next

Sweet Qismina sokong teguran Fasha isu datang lewat

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by