Pelakon Wanita Difitnah Berzina, Sihir Suami Orang – “Aku Minta Bukti Tak Ada, Jangan Main Api”
Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan kes fitnah yang mengaitkannya dengan dakwaan berzina dan melakukan sihir terhadap suami orang pada tahun 2023 kini telah dibawa ke mahkamah.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Shakilla berkata, sehingga kini individu yang membuat tuduhan tersebut masih gagal mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.




Menurut Shakilla, sebelum ini kedua-dua pihak pernah mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu tersebut secara baik.
Bagaimanapun, usaha itu didakwa tidak mencapai kata sepakat apabila pihak berkenaan masih berkeras dengan dakwaan yang dibuat.
Pelakon itu turut menjelaskan bahawa selama ini dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak, namun merasakan keadaan sudah melampaui batas.
Malah, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mengalu-alukan kehadiran pihak media dan orang ramai untuk mengikuti prosiding perbicaraan kes tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos.
https://www.instagram.com/shakillakhoriri/?utm_source=ig_embed&ig_rid=Abq9jy51Nj9XRqgO8MRevoR
Shakilla juga membidas tindakan beberapa individu yang didakwa cuba mencampuri urusan peribadinya dan menegaskan dia memiliki pelbagai bukti serta maklumat yang boleh menjejaskan imej pihak tertentu jika provokasi terus dilakukan.
Selain itu, dia turut mencabar individu yang didakwa memerli dan mengkritiknya di Threads supaya tampil bersemuka, bukannya bersembunyi di sebalik media sosial.
Di akhir perkongsiannya, Shakilla memberi amaran agar tidak terus mencetuskan provokasi sekiranya tidak mahu berdepan dengan tindakan lanjut.
Kredit : Beautifulnara