Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

Sweet Qismina sokong teguran Fasha isu datang lewat

By petaiking
August 11, 2026 2 Min Read
Comments Off on Sweet Qismina sokong teguran Fasha isu datang lewat

KUALA LUMPUR: Pelakon Sweet Qismina menyifatkan isu artis datang lewat ke set penggambaran sebagai perkara yang perlu diberi perhatian serius, sambil memahami mengapa Fasha Sandha memilih untuk bersuara mengenai masalah berkenaan.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 29, berkata setiap anak seni perlu lebih peka terhadap disiplin, adab dan cara membawa diri ketika bekerja bagi memastikan urusan sesebuah produksi berjalan lancar.

Katanya, pelakon juga perlu memahami cara kerja serta karakter individu yang terbabit dalam produksi supaya dapat menyesuaikan diri dan mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan kelancaran penggambaran.

“Apabila kita masuk dalam sesuatu set penggambaran, kita kena tahu kita bekerja dengan siapa. Adakah individu dalam produksi itu boleh menerima kita dengan cara A atau cara B?

“Bukan mahu menggalakkan orang datang lambat, tetapi kadang-kadang kita faham ada pelakon terlambat bersebab. Benda itu kadang-kadang kita tidak boleh elak atau terus menghukum,” katanya ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen KLFW X Tomei Collection bersempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026, di sini, baru-baru ini.

Mengulas tindakan Fasha meluahkan rasa tidak puas hati mengenai isu artis datang lewat ke set penggambaran menerusi media sosial, Sweet berkata pelakon senior itu berhak menyuarakan pandangannya.

Menurutnya, dia mengenali Fasha sebagai pelakon yang cukup menitikberatkan disiplin dan mungkin sudah lama memendam perkara berkenaan sehingga mendorongnya bersuara secara terbuka.

“Kita tahu tahap disiplin Kak Fasha dalam industri seni. Jadi, apa yang Kak Fasha buat itu mungkin kerana dia sudah ‘meletup’ dan perkara itu sudah sangat lama terbuku dalam hati.

“Mungkin Kak Fasha sudah cakap depan-depan pun tidak berjaya dan media sosial adalah penyelesaiannya,” katanya.

Sweet yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) menerusi filem Babah itu turut mengakui pernah berdepan situasi beberapa artis senior hadir lewat ke set ketika awal pembabitannya dalam bidang seni.

Bagaimanapun, sebagai artis baharu ketika itu, dia memilih untuk berdiam diri, namun menjadikan pengalaman berkenaan sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perkara sama.

“Pada masa itu, saya adalah artis baharu dan hanya duduk diam. Tetapi kita nampak perkara itu negatif dan belajar supaya tidak jadi macam itu.

“Kalau perkara itu berlaku kepada saya sekarang, saya mungkin tidak akan meluahkannya di media sosial kerana saya akan jaga nama industri seni kita sebaik mungkin.

“Saya juga akan cuba cakap elok-elok secara berdepan dengan individu terbabit,” katanya.

Menurut Sweet, komunikasi secara bersemuka lebih wajar digunakan sekiranya berlaku masalah antara individu dalam sesebuah produksi kerana ia membolehkan perkara berkenaan dijelaskan dengan lebih baik.

Katanya, setiap anak seni juga perlu menyedari bahawa kelewatan seseorang bukan hanya membabitkan dirinya, sebaliknya boleh menjejaskan jadual dan tugasan anggota produksi lain.

Terdahulu, Fasha meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang didakwa masih gagal menepati masa di set penggambaran sehingga mengganggu kelancaran jadual kerja individu lain.

Menurut Fasha, sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit berterusan sejak hari pertama penggambaran sehingga kini, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai disiplin dan profesionalisme pelakon dalam industri seni.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’

Next

Prosiding komital Nubhan, Dr Afifah bersambung Januari

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by