Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

HIBURAN

Kalau kahwin, Aliff Syukri antara orang penting saya jemput – Fazley

By petaiking
August 13, 2026 3 Min Read
Comments Off on Kalau kahwin, Aliff Syukri antara orang penting saya jemput – Fazley

KUALA LUMPUR: “Bila saat dan masanya tiba, saya akan beritahu berita yang menggembirakan.”

Itu jawapan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, ketika mengulas nasihat usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu beliau dan Datuk Seri Vida atau Hasmiza Othman membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya, iaitu perkahwinan.

Bagaimanapun, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, berkata perkahwinan bukan perkara mudah untuk dilaksanakan, terutama bagi individu yang pernah melalui alam rumah tangga seperti dirinya dan Vida.

“Pernikahan ini bukan kali pertama untuk saya dan Vida. Kalau pasangan muda yang belum pernah berkahwin, kita boleh aturkan pernikahan secepat mungkin.

Tetapi, apabila membabitkan dua keluarga, empayar perniagaan, anak-anak dan bekas keluarga yang berbeza, sedangkan hubungan kami masih baik, perkara itu tidak mudah.

“Mungkin ramai tidak sedar, perkahwinan antara dua individu yang pernah berkahwin tidak semudah dan selancar seperti yang kita harapkan.

“Saya harap rakyat Malaysia, termasuk Aliff Syukri, memahami bahawa proses pernikahan ini, walaupun kami memang merancang ke arah yang lebih baik, tidak boleh berlaku seperti pasangan yang belum pernah berkahwin,” katanya kepada BH Online.

Mengulas lanjut, Fazley berkata, proses untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua memerlukan tempoh yang panjang kerana pelbagai perkara perlu diperhalusi.

“Kami pernah berkahwin. Ini bermakna perjalanan dan prosesnya mengambil masa, mungkin berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

“Jadi, apa yang Aliff Syukri katakan itu, bagi saya, sangat menggembirakan kerana ia juga satu doa.

“Jadi, teruskanlah mendoakan ke arah kebaikan dan bagi Aliff Syukri, sudah tentu beliau akan menjadi antara orang penting yang saya jemput apabila tiba masanya nanti,” katanya.

Fazley berkata, beliau perlu memperhalusi setiap aspek sebelum melangkah ke alam perkahwinan, termasuk dokumentasi, keluarga dan empayar perniagaan, apatah lagi bukan hanya satu pihak yang perlu dijaga.

“Begitu banyak hati yang perlu kita perhalusi dan sudah tentu kita mahukan yang terbaik. Semoga perkahwinan yang akan datang ini kekal selama-lamanya.

“Tambahan pula, kami berdua figura awam dan aktif di media sosial. Apabila menjadi figura media sosial, kita diperhatikan dari setiap sudut.

“Jadi, tekanan yang kami hadapi berbeza dan harapan orang terhadap kami juga sangat berbeza,” katanya.

Fazley mengakui keakrabannya bersama Vida kini menjadi bualan ramai, bukan sahaja di Malaysia, malah turut mendapat perhatian di negara jiran termasuk Thailand dan Indonesia.

“Setiap kali saya turun ke Langkawi, orang akan bertanya, ‘Bila nak kahwin?’

“Saya kata, ‘Terima kasih’ kerana setiap butir kata-kata itu adalah satu doa. Ramai yang mendoakan dan saya sangat bersyukur. Jadi, tidak ada sebab sebenarnya untuk saya berasa tertekan.

“Apabila saya pergi ke Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand pun, mereka mendoakan perkara yang sama.

“Orang kata hati kita menjadi besar apabila mendengar orang mendoakan perkara yang baik-baik,” katanya.

Bagi Fazley, perhatian terhadap hubungan mereka kini sudah berada pada tahap luar biasa apabila turut menjadi bualan masyarakat Asia.

“Sebelum ini saya melihat Syed Saddiq dengan Bella Astillah, tiba-tiba sekarang saya pula menghadapi doa yang sama.

“Hebatlah rakyat Malaysia, penyokong dan mereka yang menyayangi Vida. Sekarang ini, ia sudah menjadi buah mulut masyarakat Asia pula.

“Mana-mana saya pergi, semua mendoakan. Sampai ketika saya ke Indonesia pun, orang bertanya bila ijab kabulnya.

“Apabila orang ramai mendoakan, satu harapan saya ialah teruskan berdoa, kekal bersangka baik dan cubalah memberikan kata-kata positif dalam setiap komen.

“Bagi saya, media sosial seperti satu kamera litar tertutup (CCTV).

“Apa yang saya muat naik, apa yang Vida muat naik dan apa yang anak-anak kami muat naik, hampir 99 peratus memberikan kata-kata positif.

“Jadi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.

Sebelum ini, Aliff Syukri menasihatkan rakannya, Vida, supaya membawa hubungan dengan Fazley yang sejak akhir-akhir ini dilihat semakin akrab, ke fasa perkahwinan.

Terdahulu, hubungan Fazley dan Vida mencuri perhatian ramai apabila kedua-duanya sering memperlihatkan kemesraan, terutama menerusi media sosial.

Mereka sebelum ini turut saling berbalas panggilan sayang dan dilihat semakin serius dalam menjalinkan hubungan, malah ada peminat yang merestui sekiranya mereka mengambil langkah seterusnya dengan mendirikan rumah tangga.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Saya harap suatu hari nanti, orang boleh terima dan sayangi diri ini – Ruhainies

Next

Faisal Halim jumpa trofi selepas ‘pusingan U’

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by