Tunggu tahun depan? – Khai Bahar

KUALA LUMPUR: Penyanyi Khai Bahar menyifatkan dirinya bertuah dapat berkongsi pentas bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert A Night To Remember di Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini.

Khai berkata, dia berbesar hati menerima tawaran beraksi dalam konsert yang berlangsung selama dua hari itu.

“Rasanya bukan saya sahaja, semua penyanyi tidak akan menolak jika ditawarkan berkongsi pentas dengan Siti.

Khai pernah merakam lagu duet bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Cinta Syurga pada 2018.

Penyanyi kelahiran Kangar, Perlis yang juga finalis Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) ini tidak akan menolak sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk berduet bersama Siti.

Bakal mengeluarkan single duet tidak lama lagi, Khai berkata, dia bersyukur jika berpeluang berduet dengan Siti lagi.

“Hujung tahun ini saya akan terbitkan single duet dan selebihnya, lagu solo, tahun depan.

“Bagaimanapun, siapa pasangan duet saya, kita tunggu bulan depan,” ujarnya teruja.

Sering dikaitkan dengan ramai selebriti wanita, Khai berkata, dia tidak tertekan apabila selalu dipadankan oleh peminat. Malah, berserah soal jodoh ke tangan Tuhan.

“Saya tak tertekan pun sebab saya anggap ia hanya gurauan. Saya faham, peminat nak bergurau dan tiada yang serius, malah saya tiada masalah sebenarnya.

“Kalau ada yang mahu menjodohkan, saya berpesan pada peminat jangan terlalu serius. Tak perlu doa betul-betul.

“Saya pun tak tahu jodoh dengan siapa. Jika ada, adalah…,” katanya. – XTRA

 

Kredit : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *