KUALA LUMPUR: Sebahagian besar peminat bola sepak tempatan mahu gelaran Penyerang Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 (ABK22) diberikan kepada Faisal Halim.

Berdasarkan komen di Facebook, Berita Harian (BH) Online, rata-rata peminat atau netizen menganggap pemain berusia 24 tahun itu lebih berhak mendapat anugerah itu berbanding dua lagi calon, Arif Aiman Hanapi dan Darren Lok.

Ia berdasarkan persembahan semerlang Faisal membantu Terengganu FC (TFC) sepanjang musim ini selain turut menyumbang peranan besar bersama skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Pengguna Facebook, Nazrul Ajoy berkata: “Faisal Halim dari nadi utama TFC, berjiwa besar bersama team (pasukan) kebangsaan..dari simpanan jadi pemain utama, malah di lantik jadi kapten.”

Nur Fadhlullah memberi komen: “Faisal lebih menonjol di pasukan kebangsaan berbanding Arif. Kelebihan Arif berada di pasukan yang baik berbanding Faisal.”

Comodo Malaya Juna pula berkata: “Faisal Halim la rasanya paling layak… Sebab tiga negeri dah dia main.. dan skuad negara sekarang pon bermain bgus… Arif pula dia memang ada dalam kelab yang terbaik… tak la mencabar sangat.”

Selain itu, berdasarkan segelintir komen lagi menyaksikan ada yang menyifatkan Arif Aiman layak untuk mempertahankan anugerah itu yang dimenanginya musim lalu.

Musim ini, Faisal yang diturunkan dalam 30 perlawanan berjaya menghasilkan 11 gol dan 14 bantuan jaringan manakala Arif meledak lapan gol disusuli 16 bantuan jaringan dari 31 perlawanan.

Darren pula berjaya menjaringkan 12 gol dan dua bantuan jaringan dari 24 perlawanan sepanjang musim ini bersama PJ City.

 

 

Kredit : Berita Harian

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *