Mengulas lebih lanjut, Neelofa menceritakan bagaimana Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz mengubah persepsinya terhadap erti syukur yang sebenar biarpun sekecil zarah.
“Haris selalu minta saya banyak bersyukur sebab kerana apa yang Allah beri kepada saya, tidak macam orang lain.
“Suami cakap orang lain yang minat dan sokong saya, apabila mereka doakan saya , ia juga dianggap suatu rezeki,” katanya.
Neelofa sedar anggota keluarganya mempunyai ramai peminat dan perkara itu tidak dianggap sebagai rezeki sebelum ini.
“Haris jika ada benda paling kecil yang dia dapat, dia sangat bersyukur dan menghargainya. Bagi saya, perkara itu sangat mudah dan biasa. Namun, apabila suami zahirkan dengan rasa bahagia dan syukur, lama-lama saya sedar mungkin inilah apa yang orang lain akan rasa apabila mendapat sesuatu.
“Secara tidak langsung, saya banyak belajar cara munasabah dan fikir semula bahawa sebenarnya, katakanlah, kalau Allah bagi kita rezeki yang besar, duit yang tidak pernah putus, rumah berpuluh buah tetapi semua itu belum menjanjikan kebahagiaan.
“Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur,” katanya. – XTRA
