Objektif Baby Shima menyertai parti politik untuk membela nasib rakyat agar bebanan dihadapi dapat diselesaikan. - Foto IG Baby Shima

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima bakal bertanding sebagai calon Bebas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan.

Baby Shima mengumumkan berita itu menerusi hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG), hari ini bagaimanapun tidak mendedahkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri bakal bertanding.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini, saya ingin mengumumkan akan bertanding PRN untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya dalam petikan video yang dimuat naik.

 

Kredit : Berita Harian

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *