Anak kepada penyanyi, Liza Hanim iaitu Marsya diumumkan sebagai juara bagi program Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung secara langsung di Auditorium, MBSA Shah Alam pada malam Ahad.

Juara Talk To My Manager

Dengan keputusan itu, pemilik nama Marsya Qistina berjaya meraih keputusan tertinggi sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000

Selain wang tunai, Marsya juga bakal diberikan sebuah single baharu di bawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment.

Bercakap mengenai kemenangannya, Marsya menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang telah banyak membantunya untuk muncul juara.

Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini.

Terima kasih kepada semua kerana nampak potensi saya.

Sementara itu, Talita (Shuib) pula diumumkan sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000.

Keputusan itu sekali gus menafikan kedudukan dua lagi peserta iaitu Audra (Sharifah Shahirah) dan Ammar (Ameng) untuk bergelar juara selepas mereka menduduki tempat ketiga dan keempat.

Kedua-dua peserta itu sekadar meraih hadiah sagu hati dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM5,000 seorang.

Sementara itu, tempat kelima diduduki oleh Ehmad Hadie (Ina Naim) dan Ahmad Dayyan (Siti Saerah) menduduki tempat keenam dan membawa wang pulang wang tunai RM3,000 Manager Paling Viral sebanyak RM500

Untuk pentas akhir, para peserta telah membuat dua tugasan istimewa iaitu redemption dan reconnect yang dinyanyikan bersama artis jemputan

Artis jemputan

Sementera itu, Sharifah Shahirah memenangi Most Valuable Manager dan memilih baucar membeli-belah berharga RM2,000 berbanding percutian di Langkawi dan gelang emas untuk hadiahnya.

Tidak hanya itu, pentas akhir TTMM turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan ALPHA yang menyanyikan lagu daripada band My Chemical Romance (MCR).

Dihoskan oleh pengacara legenda, Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), program TTMM telah pun bersiaran selama lapan minggu dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.

Selain juri tetap, para peserta turut diadili Datuk Syafinaz Selamat selaku juri jemputan.

Untuk info, keputusan bagi pentas akhir ini ditentukan berdasarkan gabungan 60 peratus markah untuk manager (ibu bapa) dan 40 peratus undian kepada artis jagaan mereka.

Kredit : Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *