KUALA LUMPUR: Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan anak guam, iaitu penyanyi, Nubhan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang, esok, bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isteri, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Akberdin berkata, sebutan pertama permohonan pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, akan berlangsung esok.

“Iya, Nubhan akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang, esok, kerana dia yang memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah yang berlaku, Ogos lalu, di dalam kereta.

Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Foto IG Nubhan
Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Foto IG Nubhan

“Biasalah, dalam rumah tangga ada perbezaan pendapat dan perselisihan faham. Tetapi, saya boleh katakan, tiada apa yang berat,” katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Akberdin berkata, Nubhan sebelum ini, menghantar surat untuk memohon butiran membabitkan hak selepas perceraian. Bagaimanapun, baik Nubhan dan isterinya, masing-masing berdiam diri dan menghubunginya semula bagi proses permohonan pengesahan lafaz cerai.

“Sebelum Ogos, ada perbincangan mengenai hak selepas bercerai yang dihantar Nubhan dan kami beri maklum balas.

“Namun, pihak Nubhan berdiam dan tidak ‘update’. Jadi, kami beranggapan mereka sudah okay dan ‘sejuk’.

“Tiba-tiba, kami dapat dokumen klien saya (Nubhan) melafazkan cerai dalam kereta. Jadi, kami perlu respons terhadap perkara ini,” katanya.

Ditanya punca yang membawa kepada permohonan dikemukakan bekas peserta musim keenam Akademi Fantasia (AF6) itu, Akberdin menyerahkan kepada Nubhan untuk menjawab.

Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Kredit : Berita Harian

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *