Pelakon, Mira Filzah meluahkan hasrat untuk kembali membintangi filem genre romantik komedi sekiranya berpeluang pada masa hadapan.

Teringin nak berlakon…

Menerusi perkongsian di Threads, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 34, berkata selain sering terlibat dengan naskhah berat, dia juga mempunyai minat terhadap karya yang bersifat lebih ringan dan santai.

Kalau ada rezeki, saya nak sangat berlakon filem romantik komedi macam Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta Di Cappadocia!

Suka dua-dua filem ini.

Terdahulu, Mira berkongsi tentang perkara berkenaan susulan luahan pelakon Sweet Qismina yang menyatakan hasratnya untuk membintangi iklan raya yang menyentuh perasaan.

Luahan tersebut kemudiannya mengundang perhatian peminat yang rata-rata berharap dapat melihat aktres itu kembali menyerlah dalam filem romantik komedi pada masa akan datang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menunjukkan sokongan terhadap Mira dan memuji lakonannya dalam setiap naskhah yang dibintangi.

-Oh bulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *