February 11, 2026

Ameera Khan Akui Sudah Lama ‘Move On’, Baik & Kaya Ciri-Ciri Kekasih Baru – ‘Lelaki Itu Perlu Maintain Saya’

Selebriti media sosial, Ameera Khan mengakui mengutamakan keperibadian yang baik serta kestabilan kewangan dalam memilih bakal suami demi mengekalkan gaya hidupnya.

Ciri-ciri lelaki idaman

Menerusi potongan klip siaran langsung di Instagram, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan dilihat menjawab beberapa soalan netizen mengenai jodoh.

Menurut Ameera, dia menegaskan dua ciri utama yang diinginkan pada bakal suami selain seorang yang mampu membimbingnya ke arah yang lebih baik.

Baik dan kaya. Itu yang paling penting buat saya.

Sebab lelaki itu perlu maintain saya.

Yang soleh, yang boleh bimbing saya, tolonglah bimbing saya. Saya cari seseorang yang boleh bimbing saya.

Yang sayang saya dan keluarga. Hormat saya, mommy dan daddy, adik beradik, serta sepupu. Terutama yang rapat dengan saya.

Dalam pada itu, Ameera turut menjawab dakwaan mengenai dirinya yang mempunyai kekasih baru selepas dipercayai hubungannya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol, telah berakhir.

Gossip yang mana satu? Banyak sangat. Itu saing (kawan).

Kekasih saya sekarang belum tahu lagi. Saya akan update nanti.

Saya belum membuat keputusan.

Saya sudah move on lama sebelum saya tinggalkan dia.

Kredit : Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *