Peluasan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) baru-baru ini memberi kemudahan buat mereka yang ingin menyediakan menu ringkas ketika sahur.

Sahur merupakan waktu makan yang penting sepanjang Ramadan bagi memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari.

Namun, tidak semua orang mempunyai masa yang panjang untuk menyediakan hidangan yang rumit pada awal pagi.

Ada yang terkejar-kejar bangun lewat, ada juga yang mahu menu ringkas tetapi tetap mengenyangkan.

Dalam situasi sebegini, ramai mula mencari idea sahur menu yang mudah disediakan tanpa memerlukan bahan yang banyak.

Menu yang praktikal, seimbang dan cepat dimasak mampu membantu mengelakkan rasa lesu ketika berpuasa.

Pemilihan makanan yang sesuai ketika sahur juga memainkan peranan penting dalam memastikan tenaga tahan lebih lama sehingga waktu berbuka nanti.

Bagi memudahkan pembaca, berikut min kongsikan 10 idea menu sahur ringkas dan pantas. Lebih menarik, bahan-bahan menu ini boleh didapatkan dengan menggunakan bantuan SARA.

10 Idea Menu Sahur Guna Bantuan SARA

  1. Roti canai. Dengan adanya tepung roti canai segera ini, pembaca hanya perlu panaskan kuali leper, panaskan tepung dengan sedikit sapuan mentega. Balikkan dan tunggu hingga tepung bertukar warna, siap.

2. Pau goreng. Pau goreng antara menu paling ringkas yang boleh dicuba. Keluarkan pau dari peti sejuk beberapa minit sebelum mula menggoreng. Panaskan minyak, kemudian goreng pau sehingga bertukar warna. Toskan, siap untuk disantap.

3. Roti sosej. Menu ini hanya perlukan roti putih, sosej dan sos cili. Ketiga-tiga bahan ini boleh dibeli dengan menggunakan bantuan SARA. Rebus atau goreng seketika sosej kemudian toskan. Letakkan sosej atas sekeping roti putih, kemudian tuang sedikit sos cili. Gulungkan dan tekan sedikit roti supaya tidak terbuka. Menu ringkas ini pasti mengubat hati anak ketika bersahur.

4. Jagung rebus. Pembaca hanya perlukan lima hingga 10 minit untuk merebus jagung beku. Jika terlebih rebus, dikhuatiri rasa manis jagung akan hilang.

5. Kentang goreng dan nuget. Sekali sekala, tak salah untuk kita cuba bersarapan seperti orang Barat. Hanya perlu gorengkan jejari kentang dan nuget ayam, dihidang bersama sos cili dan mayonis. Siap. Jangan tak tahu, kentang merupakan antara bahan yang dapat membantu perut merasa kenyang dengan lebih lama.

6. Bebola daging masak sos. Resipi paling mudah yang jadi kegemaran min. Goreng sekejap bebola daging dan ketepikan. Bahan sos hanya perlukan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih untuk menumis. Bila dah naik bau, tuang sos, dan campurkan bebola daging. Gaul hingga sebati, kemudian tutup api. Siap untuk dimakan bersama nasi atau roti.

7. Sup bebola ikan. Rebus bebola ikan dengan air, garam dan sedikit hirisan bawang putih. Jika pembaca inginkan sedikit aroma, boleh masukkan daun bawang dan lada putih. Hirup sup kosong di pagi yang sejuk memang menyamankan.

8. Ayam goreng rangup. Goreng sahaja ayam goreng rangup segera, siap untuk dimakan begitu sahaja

9. Nasi goreng daging cincang. Bahan penting yang perlu ada untuk buat nasi goreng sudah tentu bawang merah dan bawang putih. Goreng dahulu daging bersama sedikit garam hingga bertukar warna. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris atau ditumbuk, tumiskan. Bila dah naik bau, boleh masukkan nasi. Boleh juga campurkan telur dan cili padi sebagai penambah rasa. Nasi goreng, siap.

10. Daging ayam kisar goreng. Ada banyak cara untuk resipi ini. Paling ringkas, panaskan sedikit mentega. Tumiskan sedikit bawang Holland, kemudian masukkan daging ayam kisar. Tambahkan sedikit garam. Goreng sehingga daging masak. Boleh tambah cili, tomato atau lobak merah jika mahu. Menu sahur, siap.

Selamat mencuba.

Kredit : Siakap Keli

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *