Tengku Zafrul Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Politik PM
Pejabat Perdana Menteri hari ini memaklumkan bahawa Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini, 4 Mac 2026.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram peribadi Anwar, pelantikan tersebut dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.
“YAB Perdana Menteri menzahirkan harapan agar YM Tengku Datuk Seri Utama Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” jelas kenyataan tersebut.
Kredit : Siakap Keli
