Bella Astillah, Syed Saddiq kongsi foto pra perkahwinan
KUALA LUMPUR: Pasangan popular kesayangan BASS, iaitu Bella Astillah, 32, dan Syed Saddiq Abdul Rahman, 34, menarik perhatian ramai di media sosial selepas memuat naik foto berkonsep busana perkahwinan yang turut disifatkan netizen sebagai pra perkahwinan mereka.
Hantaran foto dan video dimuat naik di Instagram (IG) masing-masing dengan kapsyen, ‘love story from KL to London’ (kisah cinta dari Kuala Lumpur ke London) , yang difahamkan dilakukan bersama jenama butik pakaian terkenal.
“Every girl deserves her fairytales moment (Setiap gadis berhak menikmati detik indah umpama kisah dongeng).

Hantaran foto dan video dimuat naik di Instagram (IG) Bella dan Syed Saddiq dengan kapsyen, ‘love story from KL to London’ (kisah cinta dari Kuala Lumpur ke London) , yang difahamkan dilakukan bersama jenama butik pakaian terkenal. Foto IG Bella Astillah
“Okay, I’m officially obsessed with the ‘Fleurie”. It’s so flowy, so pretty and honestly giving main princess energy. (Saya benar-benar terpikat dengan ‘Fleurie’ ini. Ia sangat beralun, cantik, dan sejujurnya menyerlahkan aura seorang puteri),” kata hantaran itu.
Meninjau pada ruangan komen, rata-rata warga maya yang mengikuti pelakon dan penyanyi ini serta tunangnya, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu mendoakan agar segala persiapan perkahwinan dibuat lancar.
“Satu-satunya kisah dogeng yang saya percaya, kerana ini benar-benar akan menjadi kenyataan,” komen netizen.
“Macam ‘date’ (tarikh) semakin hampir saja ni,” ujar seorang warganet.
“Cantik sangat! Sampai saya tak boleh nak lepaskan pandangan,” tulis pengguna media sosial.
“Pasangan kegemaran saya, BASS ‘pre-wedding’,” kata seorang peminat setia BASS.
Sejak kebelakangan ini, sudah mula bertebaran teka-teki tarikh pernikahan Bella dan Syed Saddiq di media sosial terutama selepas mereka berkunjung ke pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Walaupun tujuan kunjungan itu tidak didedahkan, namun ramai membuat andaian Bella dan Syed Saddiq hadir bagi menyerahkan kad undangan perkahwinan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
Malah, ada segelintir netizen membuat andaian bahawa pasangan sensasi ini memilih tarikh Sabtu, 8 Ogos depan yang membawa kombinasi nombor cantik ‘8.8.26’ sebagai hari nikah.
Sebelum ini, Syed Saddiq difahamkan membuat pengesahan kepada media bahawa tarikh pernikahannya dengan Bella Astillah sudah dipersetujui kedua-dua keluarga, namun belum bersedia diumumkan.
Pada masa sama, Syed Saddiq juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan majlis perkahwinan itu mungkin dipercepat berbanding perancangan asal yang dijadualkan pada hujung tahun.
Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.
Bella yang juga ibu tunggal pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, pada 2016, namun bercerai kali pertama pada 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.
Bagaimanapun, mereka sah bercerai kali kedua pada 13 Jun 2024 dan hasil perkongsian hidup bersama dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.
Kredit : Berita Harian