Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

SUKAN

Angkat berat hadiah dua emas pertama kontinjen negara

By petaiking
July 27, 2026 2 Min Read
Comments Off on Angkat berat hadiah dua emas pertama kontinjen negara

GLASGOW: Hari ketiga Sukan Komanwel Glasgow 2026 menjadi detik paling gemilang buat kontinjen negara setakat ini apabila kem angkat berat menghadiahkan dua pingat emas dan satu gangsa, sekali gus melonjakkan kedudukan Malaysia dalam carta pingat.

Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara dengan menghadiahkan pingat emas pertama menerusi kategori 60 kilogram lelaki selepas mencatat jumlah angkatan 273kg di Scottish Event Campus Armadillo.

Dia turut mencipta dua rekod temasya menerusi angkatan 152kg dalam clean and jerk serta jumlah keseluruhan 273kg.

Kegembiraan kem negara diteruskan beberapa jam kemudian apabila Muhamad Aznil Bidin meraih emas Sukan Komanwel buat kali ketiga berturut-turut selepas mengungguli kategori 65kg lelaki dengan jumlah angkatan 299kg.

Atlet berusia 32 tahun itu turut memperbaharui tiga rekod temasya menerusi angkatan snatch 133kg, clean and jerk 166kg serta jumlah keseluruhan 299kg.

Turut mencuri tumpuan adalah Irene Jane Henry yang menghadiahkan pingat gangsa dalam kategori 48kg wanita pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel selepas mencatat jumlah angkatan 167kg.

Dalam boling padang, gandingan wanita Aleena Ahmad Nawawi-Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman meneruskan rentak positif selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Beth Riva dan Caroline Brown pada perlawanan keempat peringkat kumpulan.

Pemain perseorangan lelaki, Izzat Shameer Dzulkeple turut meraih kemenangan keempat berturut-turut pada peringkat kumpulan, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk mara ke separuh akhir.

Sementara itu, dua gimnas artistik wanita, Yeap Kang Xian dan Cadence Teh Zi Qi masing-masing menamatkan saingan final individu keseluruhan di tempat kelapan dan ke-12.

Dalam acara bola keranjang kerusi roda 3×3 lelaki, skuad negara gagal mengekang cabaran Scotland apabila tewas 6-18 pada aksi kedua peringkat kumpulan.

Dalam acara renang, kuartet negara yang dibarisi Khiew Hoe Yean, Arvin Shaun Singh Chahal, Lim Yin Chuen dan Tan Khai Xin menamatkan final 4×200 meter gaya bebas lelaki di tempat kelima dengan catatan tujuh minit 23.72 saat.

Tumpuan kontinjen negara hari ini terarah kepada Muhammad Erry Hidayat yang akan meneruskan cabaran kem angkat berat dalam final kategori 79kg lelaki pada jam 3 pagi esok waktu Malaysia.

Pemenang pingat perak Birmingham 2022 itu dijangka menjadi sandaran utama Malaysia untuk meneruskan momentum cemerlang skuad angkat berat selain memburu emas pertamanya di pentas Sukan Komanwel.

Turut berpeluang menambah koleksi pingat negara adalah gimnas Mohammad Sharul Aimy Kamaru Hisam dalam final senaman lantai lelaki, diikuti Rachel Yeoh Li Wen dalam final palang bertingkat wanita.

Malaysia kini menduduki tempat ketujuh carta pingat dengan dua emas dan dua gangsa.

Juara bertahan Australia mengungguli carta dengan 17-9-13, diikuti England di tempat kedua dengan 4-9-6 manakala tuan rumah Scotland di kedudukan ketiga 4-2-0. – BERNAMA

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Bella Astillah, Syed Saddiq kongsi foto pra perkahwinan

Next

Risiko ambil berlebihan makanan tinggi garam

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by