Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

RENCANA

Risiko ambil berlebihan makanan tinggi garam

By petaiking
July 27, 2026 2 Min Read
Comments Off on Risiko ambil berlebihan makanan tinggi garam

GARAM salah satu bahan perasa yang penting dalam penyediaan makanan.

Selain menjadikan makanan lebih enak, garam juga mengandungi natrium, iaitu mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Bagaimanapun, pengambilan garam secara berlebihan boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan.

Pada masa kini, tabiat mengambil makanan tinggi garam semakin membimbangkan kerana ramai individu gemar menikmati makanan segera, makanan diproses serta makanan ringan yang mengandungi pelbagai perasa tambahan.

Oleh itu, masyarakat perlu memahami risiko pengambilan garam yang berlebihan agar dapat mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

Salah satu kesan utama pengambilan makanan tinggi garam ialah peningkatan risiko tekanan darah tinggi.

Natrium yang berlebihan menyebabkan badan mengekalkan lebih banyak air sekali gus meningkatkan jumlah darah yang perlu dipam oleh jantung.

Keadaan ini menyebabkan tekanan pada saluran darah bertambah dan akhirnya meningkatkan tekanan darah.

Jika keadaan ini berterusan tanpa kawalan, risiko tekanan darah tinggi akan meningkat, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Pengambilan garam yang berlebihan juga boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.

Buah pinggang berperanan menapis darah dan mengawal keseimbangan natrium serta cecair dalam badan dengan menyingkirkan lebihan natrium melalui air kencing.

Apabila seseorang mengambil terlalu banyak garam secara berterusan, buah pinggang perlu menyingkirkan lebihan natrium bagi mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan.

Lama-kelamaan, keadaan ini boleh meningkatkan risiko gangguan fungsi buah pinggang.

Selain menjejaskan fungsi buah pinggang, pengambilan makanan tinggi garam juga boleh meningkatkan risiko pengekalan cecair dalam badan. Keadaan ini boleh menyebabkan tangan, kaki atau muka kelihatan bengkak, selain menyebabkan seseorang berasa tidak selesa.

Sesetengah individu juga mungkin mengalami rasa haus yang melampau selepas menikmati makanan yang terlalu masin kerana badan memerlukan lebih banyak air untuk mengimbangi kandungan natrium yang tinggi.

Ramai yang tidak menyedari, sebahagian besar garam diambil setiap hari sebenarnya bukan berasal daripada garam yang ditambah ketika memasak, tetapi daripada makanan diproses dan makanan siap dimakan. Oleh itu, membaca label maklumat pemakanan sebelum membeli sesuatu produk, langkah bijak untuk mengetahui kandungan natrium dalam makanan itu.

Pengambilan makanan tinggi garam secara berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, gangguan fungsi buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

Walaupun garam penting untuk fungsi tubuh, pengambilannya mestilah dalam jumlah yang sederhana.

Dengan membuat pilihan makanan yang lebih sihat, membaca label maklumat pemakanan dan mengurangkan pengambilan makanan diproses, setiap individu dapat menjaga kesihatan diri serta mengurangkan risiko penyakit kronik pada masa hadapan.

Kesedaran mengenai bahaya pengambilan garam yang berlebihan, langkah penting ke arah membentuk masyarakat lebih sihat dan mengamalkan gaya hidup seimbang.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

Angkat berat hadiah dua emas pertama kontinjen negara

Next

PRN NS: Polis, tentera tunai tanggungjawab undi awal hari ini

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by