Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

PETAI JERUK PETAI JERUK

Rencah Kehidupan

  • Home
  • Sample Page
  • Home
  • Sample Page
Subscribe
Close

Search

SUKAN

Chris Hoy pun kagum

By petaiking
August 5, 2026 2 Min Read
Comments Off on Chris Hoy pun kagum

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja peminat tanah air terpukau dengan kebangkitan luar biasa Datuk Azizulhasni Awang, malah pencabar utama dunia sendiri mula mencari jawapan bagaimana jaguh berbasikal trek negara itu masih mampu beraksi di tahap tertinggi ketika usia mencecah 38 tahun.

Selepas kembali daripada persaraan, Azizulhasni hanya mengambil masa kira-kira setahun untuk berada di puncak dunia apabila menjuarai acara keirin Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Lebih mengagumkan, kejayaan itu diraih selepas dia menewaskan barisan pelumba elit dunia termasuk Leigh Hoffman dari Australia yang meraih perak, manakala Harry Ledingham-Horn dari England membawa pulang gangsa.

Digelar The Pocket Rocketman, Azizulhasni berkata kepulangannya ke pentas kompetitif bukan sekadar meneruskan perjalanan karier, sebaliknya membuktikan dirinya masih mampu bersaing dengan pelumba terbaik dunia.

“Kalau anda perhatikan, saya kembali beraksi dan kejohanan pertama selepas kembali daripada persaraan adalah pada Ogos tahun lalu. Jadi sekarang ini Ogos juga, lebih kurang tepat setahun, saya sudah kembali ke puncak dunia.

“Ketika saya menang di Perth (siri pertama Piala Dunia Trek) menentang Matthew Richardson, pemegang rekod dunia dan nombor satu dunia, orang kata Harrie Lavreysen tidak ada ketika itu.

“Kemudian di Malaysia (siri ketiga) ada Harry, juara dunia dan juara Olimpik, saya kalahkan dia. Selepas itu apa lagi? Seterusnya Komanwel. Dan di Komanwel, saya masih mampu memberikan kemenangan,” katanya ketika ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Menurut Azizulhasni, prestasinya itu turut menarik perhatian pelumba utama dunia yang ingin mengetahui rahsia di sebalik kemampuannya untuk terus bersaing pada tahap tertinggi.

“Malah pesaing saya sendiri apabila kami duduk bersama seperti Hoffman dan Nicholas Paul (Trinidad dan Tobago), mereka bertanya, ‘Apa yang sedang berlaku? Mengapa anda masih terus beraksi dengan baik? Apa rahsianya?’

“Saya cakap, saya pun tidak tahu sebenarnya. Saya hanya menikmati perjalanan ini, saya hanya memberikan yang terbaik setiap kali beraksi. Mereka juga sangat terkejut dengan saya, pada usia 38 tahun masih mampu beraksi pada tahap terbaik,” katanya.

Malah, legenda berbasikal trek dunia, Sir Chris Hoy turut melahirkan rasa kagum terhadap kemampuan Azizulhasni memanjangkan karier sehingga usia 38 tahun sambil kekal berada dalam kelompok elit dunia.

“Sebelum final keirin itu, saya duduk bersama Chris Hoy, sekadar untuk menyapa dia. Dia juga kagum dengan saya. Dia berkata biasanya pelumba yang cuba melanjutkan karier sehingga usia 38 atau 36 tahun, kebiasaannya masih berada dalam kelompok elit tetapi tidak mampu beraksi seperti apa yang saya lakukan.

“Saya hanya teruskan sahaja, terus memberikan yang terbaik. Bagi saya, semuanya adalah tentang memberikan yang terbaik untuk negara,” katanya.

Selepas kejayaan emas di Glasgow, Azizulhasni kini mahu memastikan momentum itu diteruskan menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadual berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober.

Katanya, fokus utama ketika ini adalah mengekalkan prestasi terbaik sebelum menentukan hala tuju kariernya selepas itu.

“Saya harap kita secara kolektif semua, satu kontinjen, satu pasukan, dapat mengekalkan momentum untuk lapan minggu akan datang di Sukan Asia nanti.

“Saya berharap semua atlet yang mendapat pingat, terutamanya saya juga, dapat kekal dengan prestasi terbaik untuk Sukan Asia nanti,” katanya.

Kredit : Berita Harian

Author

petaiking

Follow Me
Other Articles
Previous

‘Saya 76 tahun, jalan pun sudah goyang’, Tok Pa tak minat tanding PRU16

Next

Danish Iftikhar ke final 100m remaja dunia

Copyright 2026 — PETAI JERUK. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme

Powered by
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by